Haji Mabrur & Amalan Selepas Haji

Istimewanya amalan haji ialah menurut hadis, orang yang mendapat haji mabrur segala dosanya diampunkan oleh Allah. Justeru, jemaah diingatkan agar jangan mengotori diri dengan kembali kepada dosa-dosa selepas menunaikan haji. Sebaliknya, haruslah memelihara semangat dan roh ibadah pada prestasi yang tertinggi seperti yang pernah dilakukan semasa acara manasik haji sebagai mukhaiyyam tarbawi.

Adakah Orang Yang Bankrap Boleh Melaksanakan Haji?

Apabila seseorang telah diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi kerana kegagalan membayar hutang, adakah status bankrap dikira sebagai orang yang tidak mampu untuk mengerjakan fardu haji walaupun sudah mendapat panggilan haji dan walaupun dia sedang membayar ansuran hutang tersebut?

Penjelasan Isu Memegang Kaabah Ketika Tawaf Bagi Amalan Umrah Yang Telah Lepas

Apabila seseorang memegang Kaabah semasa melakukan Tawaf dalam amalan umrah, ini akan menyebabkan tawafnya terbatal. Sekiranya dia tidak tahu tentang perkara itu, adakah situasi ini akan menimbulkan kerumitan apabila dia pulang ke tanahair kerana dia dikira masih berada dalam ihram dan tidak sah dia melakukan beberapa perkara seperti menikahkan anaknya. Adakah tanggapan ini benar? Baca penjelasannya.

Miqat Umrah: Penjelasan

Saya sekeluarga bercadang untuk bercuti di Arab Saudi dan di samping itu ingin menunaikan ibadah umrah. Dari Malaysia kami ke Kota Jeddah untuk melancong 4 hari 3 malam sebelum menunaikan ibadah umrah dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke kota Madinah sebelum pulang. Bilakah saya perlu berniat ihram? Dan di mana lokasi saya perlu berniat ihram?

Blog at WordPress.com.

Up ↑