8 Amalan Biasa Yang Buat Poket Cepat Pokai

Ramai yang mengeluh menjelang hujung bulan kerana duit di dalan akaun sudah susut teruk. Selain jumlah pendapatan yang tidak memberangsangkan, amalan seharian yang kurang berhemah juga boleh menyebabkan duit kita hanya touch and go di dalam akaun, tidak cukup sehingga hujung bulan, apatah lagi untuk dibuat simpanan. Mymuslimin menyenaraikan 8 amalan biasa yang buat poket anda cepat pokai.

Makan Ketam Batu: Halal Atau Haram?

Terdapat kekeliruan samada umat Islam boleh memakan ketam batu atau tidak. Adakah ketam batu hanya satu jenis sahaja? Jadi, bacalah penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang topik ini supaya kita dapat makan ketam dengan tenang.  

Mymuslimin.com Sudah Setahun!

Alhamdulillah, hari ini genap setahun mymuslimin.com pertama dilancarkan. Semoga usaha kecil kami ini mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT. Terima kasih kepada para pembaca yang menyokong kami. Doa kalian semua besar maknanya kepada tim mymuslimin. Jazakallahu Khairan.

Doa Pada Waktu Pagi & Petang

يَاحَيُّ، يَا قَيُّومُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Jom Sertai JAWI RUN!

Marilah kita beramai-ramai turut serta dalam Larian JAWI 2023 yang akan diadakan pada 30 Julai ini di Dataran DBKL bermula jam 7 pagi. Yuran bermula dari RM25/pax sahaja!

Kepulangan 284 Jemaah Haji Kumpulan Pertama Tiba Di KLIA

Kumpulan pertama yang terdiri daripada 284 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam hari ini menerusi penerbangan AMAL by Malaysia Airlines (MH 8261) yang telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz (KAIA) Jeddah pada jam 7.15 pagi (waktu Arab Saudi) pada hari yang sama.

Bahaya Takfiri: Apa & Mengapa? 

Sebagai umat Islam, kita perlu menentang dan menolak ajaran yang menggalakkan keganasan dan kemusnahan. Terdapat keperluan untuk melindungi minda dan hati kita daripada naratif yang bertujuan untuk menggugat kestabilan masyarakat kita dan mempromosikan ekstremisme dalam manifestasi agama kita.

Nusyuz Seorang Suami

Hukum nusyuz tidak tertakluk kepada isteri sahaja, malah ia juga berlaku kepada seorang suami. Ini seperti apabila seseorang suami itu tidak memberi hak dan tanggungjawab kepada isterinya dari segi zahir dan batin seperti tidak memberi nafkah serta melakukan kezaliman.

Blog at WordPress.com.

Up ↑