Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Damba Redha Di Hari Arafah 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru radhiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah, dan sebaik-baik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan ialah: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi)

Teks Khutbah Jumaat (WP): Mujahadah Arafah: Menyulam Taubat Meraih Maghfirah

Sempena Hari Arafah ini carilah keampunan dan kembalilah kepada Allah. Perbanyakkan zikir mengagungkan nama Allah, lantunkanlah doa-doa dengan penuh pengharapan dan kerendahan diri, tadabbur ayat-ayat suci Al-Quran yang menenangkan jiwa, dan hulurkanlah tangan membantu sesama sebagai wujud kepedulian dan kasih sayang. Marilah kita bersatu hati memohon keampunan atas segala dosa dan noda, serta mengharap agar Allah SWT menerima segala amal ibadah kita. Semoga air mata taubat kita di hari ini menjadi saksi kerinduan kita kepada-Nya.

Teks Khutbah (WP): Zulhijjah: Menguji Cinta Kepada Allah

Kita kini berada di ambang bulan Zulhijjah, bulan yang penuh dengan keutamaan dan keberkatan. Secara khusus, 10 hari pertama bulan ini memiliki kedudukan yang sangat istimewa di sisi Allah SWT. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula amalan padanya lebih dicintai oleh-Nya daripada hari-hari yang sepuluh ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Oleh itu, perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid.”

Teks Khutbah (Khas): Dirgahayu Tuanku: Raja Dikasihi, Negara Diberkati

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan pemelihara agama, penyatu bangsa, dan pengaman negara. Kesetiaan kepada Raja bukan sekadar budaya, tetapi tuntutan agama yang dirakam dalam al-Quran. Kewajipan saling mendoakan di antara Raja (pemimpin) dan rakyat merupakan salah satu prinsip penting dalam Islam bagi mewujudkan ukhuwah Islamiyah dan kasih sayang antara satu sama lain.

Kenali Masjid Raja Alang, Beranang, Selangor

Masjid Raja Alang di Beranang, Selangor ini dibina sekitar tahun 1926 dan siap pada tahun 1928. Pembinaan masjid ini menggantikan masjid lama yang terbakar. Masjid ini telah dinamakan sempena nama pewakafnya iaitu Raja Alang Bin Raja Berayun. Beliau merupakan hartawan Selangor semasa hayatnya.

Status Agama Individu

Setahu saya, kita dilarang panggil seseorang yg kafir itu sebagai Muslim. Contohnya jika seseorang itu jelas menolak Islam, maka kita tak boleh panggil dia muslim kerana jelas dia kafir. Kenapa sistem di Malaysia banyak menghalang orang kafir dari mendaftar status mereka sebagai kafir?

LENSA MYMUSLIMIN: Satu Pagi Di Bukit Jugra

Bukit Jugra terletak di Kuala Langat, Selangor menghadap ke Selat Melaka dan mempunyai dua buah Rumah Api di puncaknya. Satu dibina semasa era Inggeris pada ketinggian 146 meter dari permukaan laut dan satu lagi pada 1976 dengan ketinggian 25 meter.

Blog at WordPress.com.

Up ↑