Syahadah Ulangan?

Apabila ada pemimpin dari sesuatu jemaah atau kumpulan mensyaratkan bahawa orang yang telah Islam perlu bersyahadah di hadapan ulama, ini bukanlah dari ajaran Islam yang sebenar, tetapi hanyalah hasil rekaan palsu kelompok tertentu. Mereka menyamakan antara syahadah dengan bai'ah, seolah-olah orang yang tidak berbai'ah dengan kelompok mereka, masih belum muslim. Syahadah ulangan hanya perlu dilakukan oleh mereka yang murtad, itu pun dengan adanya perintah rasmi dari pihak berkuasa agama.

Menamakan Anak: Panduan Dan Hukumnya

Nama mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seorang insan. Dengan nama itulah seseorang dikenali dan dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari akhirat kelak. Kerana itu nama bukanlah perkara kecil yang boleh dipandang ringan. Ikuti panduan menamakan anak dan hukumnya.

Harta Yang Diberikan Kepada Anak Angkat: Bolehkah Waris Sah Tuntut Semula?

Nenek saya mempunyai anak angkat dan apabila nenek meninggal, nenek mewasiatkan semua hartanya anggaran 20 ekar tanah sawit dan getah kepada anak angkat itu walaupun bapa saya ialah anak nenek yang sah. Bapa dan keluarga saya tidak mendapat sedikit pun daripada harta tersebut. Bapa saya telah meninggal dunia dan baru-baru ini anak angkat itu telah meninggal dunia, bolehkah saya menuntut harta tersebut?

Dosa Lalu Yang Membelenggu

Seorang wanita yang sudah berkahwin telah berzina. Kemudian dia bertaubat nasuha dan tidak mengulangi perbuatannya. Tetapi dosa ini kerap membelenggu dirinya. Apakah amalan yang boleh dilakukan untuk memperoleh keampunan Allah SWT? 

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Tuntutan Melunaskan Hutang

Mimbar ingin mengingatkan hadirin Jumaat agar menyemai tanggungjawab melunaskan segala hutang piutang seperti pembiayaan peribadi, sewa beli kenderaan, pembiayaan perumahan, pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain termasuklah hutang dengan orang lain walaupun nilainya kecil. Letakkanlah keutamaan terhadap pembayaran hutang terlebih dahulu berbanding perbelanjaan sampingan yang lain.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Akidah Sahih Penyelamat Ummah

Mimbar pada hari ini menyentuh isu penyelewengan akidah yang sedang berlegar dalam masyarakat terutamanya di media sosial melalui penstriman langsung (live streaming) dengan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi biarpun mereka berada dan beroperasi di luar negara. Justeru, jemaah perlu berwaspada dan mengawasi ahli keluarga supaya tidak terjebak ke dalamnya.

Refleksi Konsep Qawwam 2:  Kunci Kepimpinan Lelaki Qawwam

Lelaki sejati tidak gentar dan lari dari tanggungjawab kelakian. Lelaki sejati menerima peranan dan segala tugas serta tanggungjawabnya. Mereka membawa diri dengan bermaruah dan memimpin dengan penuh tanggungjawab. Apabila seorang lelaki mempunyai sifat-sifat ini, dia tidak perlu menyuruh sesiapa pun untuk mengikut telunjuknya.

Hukum Meminta Sedekah Tanpa Keperluan

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Sahl Ibn Hanzaliyyah R.A yang menceritakan perbualan Nabi SAW bersama sahabatnya yang bermaksud: “Barangsiapa yang meminta-meminta, padahal dia mempunyai sesuatu cukup untuk dirinya, maka beerti hanya memperbanyak bara api neraka Jahannam.” Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dikatakan cukup baginya?” Baginda menjawab: “Sesuatu yang mencukupi untuk makan siang dan malam.” (Riwayat Abu Daud 1629)

Blog at WordPress.com.

Up ↑