Panduan Hadith: Kelebihan Membaca Surah Yasin (يس)
Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran. Lantas, kita sangat digalakkan dan dituntut untuk sentiasa melazimi dan membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat.
Allah SWT Melimpahkan Rahmat Kepada Orang Yang Menyambungkan Silaturahim
Kedudukan rahim yang tinggi di sisi Allah menunjukkan Islam menekankan kepentingan memelihara persaudaraan antara manusia.
Sifat Bacaan Nabi SAW Ketika Solat
Bagaimanakah bacaan Nabi SAW ketika solat?
Hadis 40 Imam Nawawi: Hadis 34 – Mengubah Kemungkaran
Hadis nombor 34 ini menekankan tentang kepentingan amal makmur nahi mungkar. Tetapi dalam kita melakukannya, perlulah kita mengekalkan adab agar tidak membuka aib seseorang di khalayak.
Hukum Melafazkan Niat Dalam Ibadat Di Sisi Hukum Syarak
Niat merupakan merupakan rukun bagi sesebuah ibadat baik ibadat tersebut adalah ibadat yang sunat mahupun ibadat yang wajib dan tempat menentukan niat ialah di dalam hati. Jadi, adakah tidak sah solat jika melafazkan niat melalui bibir mulut? Apakah penjelasannya?
Penjelasan Isu Memegang Kaabah Ketika Tawaf Bagi Amalan Umrah Yang Telah Lepas
Apabila seseorang memegang Kaabah semasa melakukan Tawaf dalam amalan umrah, ini akan menyebabkan tawafnya terbatal. Sekiranya dia tidak tahu tentang perkara itu, adakah situasi ini akan menimbulkan kerumitan apabila dia pulang ke tanahair kerana dia dikira masih berada dalam ihram dan tidak sah dia melakukan beberapa perkara seperti menikahkan anaknya. Adakah tanggapan ini benar? Baca penjelasannya.
Rancak Berdosa Di Media Sosial – Elak Lakukan 6 Perkara Ini!
Di zaman ini, jangan kata anak-anak remaja, nenek dan datuk pun ada akaun Facebook dan Instagram, malahan juga segelintir TikTok! WhatsApp pula dijadikan pusat bersosial, berkongsi rasa, berita, maklumat, fitnah dan sebagainya. Perlu diingat bahawa media sosial ini membuka terlalu banyak ruang untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Islam, dan menyebabkan ramai yang terjebak dan rancak berdosa tanpa memikirkan akibatnya.
Qiyas Iblis
Setiap qiyas yang membawa kepada perlanggaran hukum dan arahan Allah S.W.T adalah merupakan qiyas iblis. Golongan yang melakukan qiyas seumpama ini dianggap sebagai pengikut Iblis.
7 Terapi Menangani Depresi
Depresi merupakan gangguan mental dan emosi yang mungkin berpunca daripada tekanan hidup yang dihadapi oleh seseorang, ditambah lagi dengan keadaan sosio-ekonomi yang tidak menentu, ditambah pula persekitaran tempat tinggal mahupun pekerjaan yang tidak banyak membantu yang mengakibatkan tekanan. Hakikatnya, depresi adalah bentuk ujian kehidupan yang perlu ditangani. Dalam Islam konsep terapi itu sendiri terkandung dalam penghayatan akidah, ibadah dan tasawuf yang menjadi intipati amalan seseorang muslim.
Nama Anak-Anak Iblis
Syaitan dan Iblis sentiasa berada di sekitar kita dan tujuan utama mereka ialah untuk menyesatkan anak Adam. Dengan mengetahui apa yang mereka tumpukan, peliharalah diri kita daripada syaitan yang direjam.
Hadis 40 Imam Nawawi: Hadis 33 – Bukti Bagi Menuduh & Sumpah Kepada Mengingkari
Hadis 40 Imam Nawawi yang ke 33 ini menekankan tentang beratnya sesuatu tuduhan atau dakwaan tanpa bukti. Hadis ini merupakan salah satu pokok hukum Islam dan sumber pegangan yang terpenting di kala terjadi perselisihan dan permusuhan antara orang-orang yang bersengketa.
Hukum Membiarkan Makanan Atau Minuman Terdedah
Tahukah anda bahawa menutup bekas-bekas makanan dan air merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Itqan (Tekun) Dalam Setiap Pekerjaan Lambang Keislaman
Islam menggalakkan umatnya untuk bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Ini kerana, bekerja merupakan salah satu wasilah atau cara untuk mendapatkan rezeki, dan sifat tekun ini merupakan salah satu lambang atau tanda keislaman.
Pertelingkahan Manusia Di Hadapan Allah SWT Pada Hari Kiamat
"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?" Para sahabat menjawab: "Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang sudah tidak lagi memiliki dirham dan harta benda." Baginda bersabda: "Orang yang muflis adalah orang yang datang pada hari Kiamat dengan membawa amalan solat, zakat dan puasa, Namun dia datang dalam keadaan dahulu pernah mencaci maki si fulan, menuduh dan memfitnah fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan memukul si fulan. Amal-amal kebaikannya dibahagi-bahagikan kepada orang-orang tersebut. Jika hak yang pernah dia langgar belum dapat dipenuhi semuanya, sedangkan amal-amal kebaikannya sudah habis, maka kesalahan-kesalahan mereka diambil lalu dipikulkan ke belakangnya. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.” Riwayat Muslim (2581), Ahmad (8829) dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (338)
Hukum Membalas Whatsapp Ketika Khutbah
Semua mengetahui bahawa makmum tidak dibolehkan bercakap-cakap waima berzikir ketika khutbah. Namun, bolehkah seseorang membalas Whatsapp ketika khatib sedang menyampaikan khutbah?
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Hindari Ajaran Sesat
Fenomena ajaran sesat tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memberi impak kepada keseluruhan elemen dan sistem kepercayaan umat Islam yang boleh terdedah kepada unsur-unsur yang berkaitan dengan keyakinan, dakwaan atau perbuatan yang membawa kepada syirik, kufur dan murtad.