Ciri-Ciri Ahli Syurga dan Neraka

Setiap hamba diciptakan dalam keadaan fitrah yang suci sebelum syaitan memesongkan mereka daripada jalan yang lurus. Ciri-ciri ahli syurga dan neraka dapat diketahui melalui sifat mereka semasa hidup di dunia.

Solat Dhuha Sedekah Kepada 360 Sendi

Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut. Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha. Solat ini dilakukan sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita termasuklah nikmat 360 sendi yang dicipta di tubuh manusia.

Adakah Sambut Hari Raya Sebulan Itu Bid’ah?

Hari raya ialah hari kemenangan bagi orang yang beriman di dunia seperti hamba yang dilepaskan oleh tuannya. Semua ini hanya berlaku pada 1 Syawal dan bukan pada hari-hari lain dalam bulan Syawal. Bahkan di 1 Syawal umat Islam diharamkan berpuasa. Persoalannya, bolehkah kita terus ziarah-menziarahi, menjamu makanan, bermaaf-maafan dan memberi duit raya dalam bulan Syawal atas nama sambutan Aidilfitri? Adakah ia termasuk dalam perkara bid’ah yang tercela?

Ancaman Kepada Yang Memutuskan Tali Persaudaraan

Kalimah Silaturrahim diambil daripada dua perkataan Arab iaitu “صلة”  yang bermaksud hubungan dan “الرحم” bererti kaum kerabat yang terdekat. Ia membawa maksud memelihara dan menyambung hubungan dengan kaum kerabat yang terdekat. Memutuskan silaturrahim adalah antara sebab kenapa disegerakan azab seseorang di dunia lagi sebelum tibanya Hari Akhirat.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bagaimana Kita Menyambut Syawal?

Bulan Syawal ini sewajarnya dijadikan masa untuk kita terus bersyukur dan beristiqamah menjadi hamba Allah yang soleh setelah sebulan bertungkus lumus melawan godaan hawa nafsu di bulan Ramadhan, dan ia bukannya Eidulfitri waktu untuk kita kembali kepada sikap dan perangai lama yang kurang baik. Jadikanlah bulan Ramadhan yang dilalui sebagai pendidik untuk kita terus menjadi hamba Allah yang Rabbani dan bukan semata-mata hamba Ramadhani.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Ziarah Tautkan Ukhuwah

Bulan Syawal merupakan bulan yang sinonim dengan amalan mengeratkan ukhuwah, berkasih sayang dan ziarah menziarahi dalam kalangan sanak saudara mahu pun rakan taulan. Justeru, mimbar mengajak para jemaah untuk menyuburkan amalan berziarah bagi merapatkan hubungan persaudaraan.

Cara Takbir Aidilfitri

Ayuh kita sama-sama memeriahkan malam dan pagi Hari Raya Aidilfitri dengan memperbanyakkan bacaan Takbir Raya bersama-sama insan tersayang dan saudara seagama. Lelaki dan perempuan boleh sama-sama bertakbir, mengagungkan kebesaran Allah SWT.

Barang Yang Sama

Saya dan kakak saya masing-masing ada beli minuman jenama dan perisa sama. Kami simpan di peti ais yang sama. Pada asalnya, saya letak air saya dengan posisi yang berbeza supaya mudah dibezakan. Tetapi, minuman kami telah dialihkan sehingga tidak tahu mana satu saya punya. Bila berlaku situasi seperti ini, boleh tak saya ambil mana-mana daripada minuman itu?

Blog at WordPress.com.

Up ↑