Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Terima Kasih Pembayar Zakat

Pengurusan Zakat Selangor mengucapkan jazakumullahu khairan wabarakallahu fiikum dan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat di negeri Selangor atas kesetiaan dan kepercayaan yang telah diberikan selama ini. Lembaga Zakat Selangor menyeru agar kita semua berganding bahu untuk menjadikan pengurusan zakat di negeri ini terus kekal sebagai institusi pengurusan zakat contoh kepada pihak lain, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Cegah Normalisasi Kemungkaran

Perbuatan maksiat dan perlakuan dosa seperti zina sangat dilarang oleh agama Islam. Ia membawa kepada kerosakan nasab keturunan dan dalam masa yang sama meruntuhkan akhlak dan moral umat Islam. Sebagai umat Islam, mimbar mengingatkan kita agar tidak menormalisasikan kemungkaran yang membawa kepada keruntuhan masyarakat.

Haram Podcast Berunsurkan Persundalan

Penggunaan podcast sebagai platform untuk membuka aib peribadi seseorang adalah termasuk dalam perbuatan menzahir kemaksiatan dan perbuatan ini diharamkan oleh syarak. Apatah lagi menjadikan penzina sebagai tetamu undangan untuk menceritakan perbuatan maksiatnya tanpa rasa malu dan berdosa.

Cara Menyambut Ramadan

Ramadan hampir menjelma tidak lama lagi. Marilah sama-sama kita menginsafi diri kita seterusnya mempersiapkan diri untuk menjadikan Ramadan kali ini Ramadan yang terbaik dengan ibadah dan amal soleh.

Pendidikan Anak Dengan Solat

Tujuan serangan perosak remaja pada zaman ini ialah untuk mengasingkan generasi Islam itu sendiri daripada syariat Islam yang mana telah memprogramkan untuk penganutnya satu manhaj yang mampu menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Lantaran menjadi tanggungjawab ibu dan bapa untuk menyelamatkan ahli keluarganya daripada kehancuran. Marilah kita mendidik anak-anak dengan solat.

Islamnya Salman Al-Farisi

Ikuti kisah pengembaraan Salman Al-Farisi untuk mencari kebenaran dan akhirnya bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan Islam. Kisah ini diceritakan oleh beliau sendiri kepada Abdullah ibn Abbas r.a.

Kisah Juraij, Seorang Ahli Ibadah

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiada bayi yang boleh bercakap ketika masih bayi kecuali tiga orang, antaranya: Isa bin Maryam dan seorang bayi yang hidup pada zaman Juraij.” Ketahui kisah Juraij dan bayi tersebut.

Syarat Saksi Nikah 

Saya sudah berkahwin 4 tahun. Ketika saya nikah dulu, seorang saksi nikah saya adalah adik ipar mak mertua saya. Adakah sah pernikahan saya? Sebab saya pernah dengar ada ustaz cakap, pernikahan yang ada kaitan dengan mak/mak mertua, contoh adik kepada mak/mak mertua, abang kepada mak/mak mertua, pernikahan itu tidak sah. Mohon pencerahan.

Blog at WordPress.com.

Up ↑