Teks Khutbah Jumaat (WP): Tuntutan Melunaskan Hutang

Khutbah Jumaat minggu ini mengingatkan jemaah tentang tuntutan melunaskan hutang. Hutang adalah amanah yang wajib dibayar. Lantas, membuat hutang bererti meletakkan beban tanggungjawab membayar amanah tersebut dalam hidup seseorang. Sesiapa yang berhutang perlu menetapkan niat dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh untuk segera membayar hutangnya mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

Saya Murung. Adakah Talak Sudah Jatuh?

Saya bergaduh dengan isteri dan isteri menghantar Whatsapp nak bercerai. Dia tulis berkali-kali CERAI....CERAI.....CERAI. Saya baca, saya fobia, saya cuba nak padam mesej perkataan cerai tu, tapientah macam mana saya tertekan emoji tanda tangan "thumbs up". Saya takde niat nak bercerai pun, niat saya hanya nak padam mesej itu. Adakah sudah jatuh talak? Mohon bantu saya, saya murung sekarang.

8 Ciri Lelaki Cerdas Emosi

Emosi selalu dikaitkan dengan wanita sedangkan lelaki juga punya perasaan. Ramai yang beranggapan kaum lelaki tiada hati, lasak dan kurang emosi. Dengan memiliki kecerdasan emosi, lelaki mampu mengenali, bijak mentafsir, kemudian bertindak balas dengan baik kepada apa yang mereka rasa. Mari Kenali 8 Ciri Lelaki Cerdas Emosi.

Zihar Atau Tidak?

Suami bergurau mengatakan perut isterinya sama seperti perut ibunya. Di mana hendak maksudkan buncit seperti ibunya yang sudah tua. Kadang-kadang suami juga sering bergurau mengatakan perut isterinya sama besar seperti perut suaminya. Adakah situasi di mana suami mengatakan perut isterinya sama seperti perut ibunya dianggap lafaz zihar? 

Solat Sunat Rawatib Yang Mu’akkad Dan Tidak Mu’akkad

Solat sunat rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum ataupun sesudah solat fardhu lima waktu. Hikmah pensyariatannya ialah bagi menyempurnakan segala kekurangan sewaktu mengerjakan solat fardhu, seperti tidak khusyuk atau tidak mentadabbur ayat-ayat yang dibaca. Dapatkan penjelasan tentang solat-solat rawatib yang mu'akkad (ditekankan) dan ghairu mu'akkad (tidak ditekankan).

Eksplorasi Ayat-Ayat Pemurah Rezeki 

Persoalan rezeki sering menjadi perbincangan dalam kalangan manusia. Rezeki adalah perkataan daripada bahasa Arab dari kata asal رزق. Allah SWT telah menurunkan kalimah ini dari langit bagi menjawab persoalan manusia berkaitan rezeki yang diperuntukkan kepadanya dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini. 

5 Adab Di Media Sosial Dan Iklan

Penyampaian dalam media sosial adakalanya dalam bentuk maklumat, data, grafik mahupun gambar serta video. Namun dalam kecanggihan teknologi pada hari ini, kita masih dituntut untuk sentiasa berada di landasan yang ditetapkan dalam Islam.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Kewajipan Memelihara Keluarga

Menjadi seorang suami atau bapa itu adalah anugerah Allah SWT kepada kita. Ahli keluarga kita sama ada suami, isteri, ibu bapa atau anak-anak, semuanya mempunyai nilai tersendiri dan Islam menuntut kita untuk menunaikan kewajipan yang perlu ditunaikan terhadap mereka. Dalam khutbah kali ini, Khatib menasihatkan ketua dalam sesebuah keluarga untuk menentukan hala tuju ahli keluarga kita sama ada bakal menghuni syurga atau menerima azab neraka di akhirat kelak.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Menjadi Mukmin Berjaya 

Dalam merancang kehidupan dan masa depan yang lebih baik, kita hendaklah menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dan rujukan utama lebih-lebih lagi kita sebagai mukmin beriman bahawa kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara dan jambatan menuju akhirat yang abadi. Khutbah kali ini mengupas ciri-ciri mukmin yang berjaya yang disebut di dalam surah al-Mu’minuun sebagai panduan semua.

Blog at WordPress.com.

Up ↑