Banyak Yang Kelihatan Mudharat itu Sebenarnya Rahmat

Allah boleh melimpahkan nikmatNya melalui ujian yang kecil atau besar, Dan Dia menguji mereka untuk memberi mereka sebahagian dari nikmat-Nya. Yatim piatu, buta, miskin, atau jauh dari rumah dan keselesaan merupakan semua syarat yang boleh membawa kita kepada pencapaian dan kecemerlangan, kepada kemajuan dan sumbangan.

Khusyuk Dalam Solat

Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Dua orang dari umatku mendirikan solat. Rukuk dan sujud mereka sama. Apa yang ada di antara kedua-dua solat mereka itu seperti apa yang ada di antara langit dan bumi.” (Baginda menunjuk pada kekhusyukan satu atas yang lain). 

LENSA MYMUSLIMIN: Pantai Tanjong Lobang, Miri, Sarawak

Pantai Tanjong Lobang atau dikenali juga sebagai Pantai Brighton, Miri, Sarawak merupakan pantai yang paling digemari pengunjung di bandar ini. Salah satu tarikan Pantai Tanjong Lobang ialah keindahan langit dan suasananya di waktu senja tatkala matahari terbenam, memberi detik-detik romantis yang mengagumkan.

Etika Perbomohan/Pengamal Perubatan Islam

Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah. Dalam sirah juga terdapat catatan yang merekodkan sahabat menggunakan kaedah mirip dengan perbomohan yang diharuskan oleh syarak bagi kegunaan perubatan. Namun keharusan ini boleh menjadi haram apabila amalan yang dilakukan semasa perbomohan bertentangan dengan syarak. Ketahui etika perbomohan dan pengamal perubatan Islam sebelum menjadikannya sebagai ikhtiar.

Hukum Perkahwinan Sepupu

Apakah hukum kalau seseorang mengahwini anak kepada sepupu sendiri? Contohnya Si A dan Si B ini sepupu sama nenek, dan si B ini ingin berkahwin dengan anak sepupunya, Si A. Mohon penjelasan. 

Konsep Rizq (Rezeki) Dalam Islam

Konsep rizq itu sangat indah. Walaupun kau makan sepotong buah, ia (buah itu) sentiasa ditulis untukmu. Dari saat ia tumbuh dari pokok, ia melalui mengembara jauh sehingga ia berada di dalam tanganmu. Buah itu ditulis untuk menjadi milikmu.

Blog at WordPress.com.

Up ↑