5 Cara Praktikal Menyemai Keyakinan Diri

Kita sering mengagumi individu yang mempunyai keyakinan diri. Mereka kelihatan berupaya melakukan pelbagai perkara dan sering dikaitkan dengan kejayaan. Namun, hakikatnya, ramai remaja dan orang dewasa menghadapi isu kurang keyakinan diri. Berikut ialah lima cara praktikal untuk menyemai dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan seharian.

Adakah Makan Selepas Had Masa Buffet Dikira Haram?

Ada situasi di mana seseorang makan di restoran buffet All You Can Eat yang menghadkan masa makan selama 90 minit. Setelah selesai makan, pelanggan masih duduk bersembang dan staf tidak meminta mereka beredar. Jika masa telah melebihi 90 minit dan pelanggan terminum sedikit air di dalam cawan, atau nibble makanan yang ada, apakah itu hukumnya haram?

Kemurnian Akidah Dalam Menangani Budaya Khurafat Dan Tahyul

Mengapakah masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya orang Melayu, yang mudah mempercayai cerita-cerita tahyul dan hantu seperti kisah "Cikgu Nina dan pocong" yang tular baru-baru ini, sedangkan kepercayaan seperti ini jelas menyeleweng daripada ajaran Islam dan boleh menyesatkan akidah umat?

Hukum Pemerintah Mengharamkan Pembunuhan Haiwan Terancam

Setahu saya, Islam menghalalkan membunuh haiwan yang merbahayakan manusia seperti kala jengking. Tetapi, apakah hukumnya apabila pemerintah membuat undang-undang yang mengharamkan rakyat daripada membunuh haiwan terpelihara seperti harimau dan sesetengah jenis gagak atas alasan pemeliharaan spesis tersebut?

Sabotaj Diri: Mengapa & Bagaimana Mengatasinya? 

Pernahkah anda, setelah menetapkan sesuatu matlamat, kemudian menggagalkannya secara semulajadi? Cara-cara sabotaj diri ini boleh membuatkan kita tertanya-tanya, mengapa kita menggagalkan diri kita sendiri dan bagaimana kita boleh melepaskan diri daripada perangai sabotaj diri ini untuk menjadi seorang yang lebih sihat dan berjaya?

Hiburan Tidak Patuh Syariah

Islam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak. Keinginan untuk berhibur dan kecintaan kepada kecantikan serta keindahan merupakan ftrah insani yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Kaedah Dan Peringkat Pengeluaran Fatwa

Institusi fatwa merupakan suatu badan yang berperanan dan berautoriti dalam mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan isu-isu serta permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam. Ini merupakan garis panduan dan prosedur bagi pengeluaran sesuatu fatwa yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

7 Cara Untuk Mencegah “Reput Otak”

Tabiat scrolling media sosial ini walaupun kelihatan tidak berbahaya namun ia boleh menyumbang kepada masalah 'reput otak' iaitu kemerosotan keadaan mental atau intelek seseorang akibat daripada penggunaan berlebihan konten-konten remeh. Lakukan amalan yang boleh membantu mengekalkan kesihatan minda dan otak kita untuk jangkamasa yang lama. 

Maksud Dan Konsep Niat

Yang mana satu betul tentang niat kerana saya ada masalah was2 apabila berniat di dalam hati, kerana selalu lidah saya terikut sekali apa yang diniatkan sehingga saya tidak yakin niat saya sah atau tidak.

Blog at WordPress.com.

Up ↑