Topeng Dakwah: Bila Agama Jadi Alat Populariti Dan Eksploitasi

Dalam era digital dan ledakan media sosial hari ini dakwah Islam bukan sahaja tersebar lebih meluas bahkan menjadi sebahagian daripada kandungan harian dalam kehidupan masyarakat. Malangnya terdapat segelintir individu yang menjadikan agama sebagai ‘topeng’ demi meraih populariti, pengaruh dan keuntungan peribadi. Mereka memanipulasi sentimen dan mengeksploitasi agama demi kepentingan duniawi sekaligus mencemarkan kesucian dakwah Islam yang sebenar.

Mengimani Qadar, Rahsia Berjiwa Besar

Dalam kehidupan yang serba tidak menentu ini, ramai yang tercari-cari makna, harapan, dan pegangan yang kukuh untuk terus bertahan. Ada yang tersungkur dalam tekanan hidup, ada pula yang larut dalam kecewa dan marah terhadap keadaan yang menimpa. Di sinilah letaknya keperluan kita untuk kembali kepada asas keimanan, khususnya beriman kepada takdir Ilahi, iaitu qada’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

5 Cara Praktikal Menyemai Keyakinan Diri

Kita sering mengagumi individu yang mempunyai keyakinan diri. Mereka kelihatan berupaya melakukan pelbagai perkara dan sering dikaitkan dengan kejayaan. Namun, hakikatnya, ramai remaja dan orang dewasa menghadapi isu kurang keyakinan diri. Berikut ialah lima cara praktikal untuk menyemai dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan seharian.

Jangan Biar Hutang Jadi Beban Akhirat

Dalam ajaran Islam, melunaskan hutang merupakan suatu kewajipan yang sangat dititikberatkan. Tanggungjawab ini disokong oleh banyak dalil daripada al-Quran dan sunnah Nabi SAW, yang menegaskan betapa seriusnya urusan hutang dalam kehidupan seorang Muslim.

Sujud Pada Suami

Adakah sahih hadith isteri sujud pada suami ini? “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)]

Mulakan Segalanya dengan Basmalah

Ada satu ungkapan yang ringkas tetapi luar biasa: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ “Bismillahirrahmanirrahim.” atau pendeknya ““Bismillah”  Kita diajar sejak kecil untuk menyebutnya sebelum makan, sebelum belajar, sebelum keluar rumah — bahkan sebelum melakukan apa jua perkara dalam kehidupan. Tetapi semakin dewasa, semakin ramai antara kita yang terlupa atau mengambil ringan tentang kekuatan lafaz ini.

Hentikan Normalisasi Maksiat

Tindakan menormalisasikan maksiat atas nama kebebasan peribadi adalah satu kesalahan besar dari sudut syarak. Setiap Muslim terikat dengan perjanjian dengan Allah SWT sejak di alam roh lagi, dan kebebasan manusia bukanlah mutlak. Apa yang baik atau buruk bukan ditentukan oleh akal semata-mata, tetapi mesti berpandukan syariat. Justeru, masyarakat perlu membina kekuatan rohani, bertaubat, memperbanyak amal soleh dan menjauhi persekitaran yang mendorong kepada kemaksiatan.

Adakah Makan Selepas Had Masa Buffet Dikira Haram?

Ada situasi di mana seseorang makan di restoran buffet All You Can Eat yang menghadkan masa makan selama 90 minit. Setelah selesai makan, pelanggan masih duduk bersembang dan staf tidak meminta mereka beredar. Jika masa telah melebihi 90 minit dan pelanggan terminum sedikit air di dalam cawan, atau nibble makanan yang ada, apakah itu hukumnya haram?

Teks Khutbah Jumaat (WP):  Menggalas Ikhlas, Kesempurnaan Dibalas

Penyakit hati tiga serangkai; riyak, ujub dan sum’ah adalah racun berbisa yang sering membunuh keikhlasan. Umat hari ini kian parah, saban hari bergelumang dengan racun pemusnah amalan tanpa disedari. Bersama solat dan sedekah, sering memuat naik foto dan video ke media sosial untuk perhatian dan pujian. Menulis dan berbicara panjang tentang ‘amal kebajikan’ untuk meraih populariti. Membantu golongan susah turut dipaparkan untuk menaikkan pengaruh diri, lantas tiada lagi niat ikhlas untuk meraih reda Allah.

Keutamaan Puasa Tasu’aa’ dan ‘Asyuraa’

Seringkali didengari tentang puasa Tasu’aa’  dan ‘Asyuraa’ apabila memasuki tahun baru hijrah. Ia berlaku pada bulan Muharram yang merupakan salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Apakah keistimewaan puasa di dua hari ini sehingga menjadi keutamaan amalan umat Islam?

Teks Khutbah Jumaat – Hijrah: Membangun Ummah Madani

Marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan nikmat tahun baru 1447 Hijrah ini. Semoga segala amal kebaikan yang telah kita laksanakan sepanjang tahun lalu diterima oleh Allah SWT, dan tahun ini menjadi satu titik permulaan pembukaan lembaran baru yang lebih baik dan diberkati.

Ayat-Ayat Al-Quran Tentang Syukur

Apabila kita memikirkan konsep bersyukur dan berterima kasih, adalah penting untuk kita memikirkan bagaimana Allah SWT telah merahmati kehidupan kita dengan pelbagai kebaikan dan bagaimana kita boleh melakukan perkara yang sama dengan berbuat kebaikan kepada sesama makhluk sebagai tanda kesyukuran kita kepada-Nya. Disenaraikan ayat-ayat Al-Quran tentang Syukur.

Blog at WordPress.com.

Up ↑