Dalam keghairahan untuk menunaikan ibadah Haji, jauhilah sebarang bentuk penipuan, walaupun dengan niat yang baik. Islam tidak pernah menghalalkan cara yang salah walau tujuannya mulia. Nabi Muhammad SAW telah memberi amaran keras. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahuanhu bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menipu, maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis riwayat Imam Muslim)
Teks Khutbah Jumaat (WP): Hebahkan Pernikahan, Sempurnakan Tuntutan
Pernikahan adalah wadah untuk meraih kebahagiaan dalam kehidupan. Pastikan ia disempurnakan menurut pedoman syariat.
Apakah Hukum Jika Khatib Terlupa Duduk Antara Dua Khutbah?
Khatib dan imam di tempat saya terlupa untuk duduk di antara dua khutbah Jumaat. Para jemaah di masjid ini masin-masing tidak pasti apa yang perlu dilakukan. Kami hanya mengikut imam dan khatib sehingga selesai solat. Apakah yang perlu kami lakukan adakah sah solat Jumaat kami?
Hiburan Tidak Patuh Syariah
Islam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak. Keinginan untuk berhibur dan kecintaan kepada kecantikan serta keindahan merupakan ftrah insani yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Hukum Menyembelih Haiwan Korban Yang Telah Mati
Apabila kelihatan seekor lembu korban sudah tidak bernyawa sebelum dilaksanakan proses sembelihan, adakah sah ibadah korban haiwan yang telah mati?
Hukum Idhthiba’ Dan Definisinya
Idhtiba’ (اضطباع) ialah seseorang lelaki yang berihram dengan meletakkan kain selendang yang dipakainya di bawah ketiak kanan dan kemudian melemparkan hujung kain tersebut ke sebelah tengkuk kiri dan membiarkan bahu kanannya terbuka.
Bilakah Keadaan Yang Dibenarkan Untuk Mengambil Pandangan Mazhab Lain?
Ada orang kata kita di Malaysia bukan bermazhab Syafi’i kerana kita membayar zakat tidak mengikut mazhab Syafi’i. Bolehkah kita berpindah-pindah mazhab sedangkan kita di Malaysia bermazhab Syafi’i?
Teks Khutbah Jumaat (Negeri Sembilan): Masjid, Medan Ibadah, Ilmu Dan Silaturahim
Secara asasnya peranan utama masjid ialah sebagai pusat ibadat dan lambang penyatuan ummah. Setiap jiwa menginginkan masjid yang dibina menjadi tempat yang mendamaikan, menyatukan hati umat dalam suasana penuh rahmat dan kasih sayang. Akan tetapi, kadangkala hasrat murni ini terganggu disebabkan oleh sikap segelintir pihak yang tidak dapat mengawal emosi yang didorong oleh kecenderungan peribadi.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Berkat Dalam Keringat
Bekerja merupakan satu tuntutan dalam Islam. Dengan bekerja, kita meraih pendapatan, nafkah isteri dan keluarga dapat dilunaskan, ekonomi negara bergerak seiring kemajuan serta rakyat dapat hidup penuh kecukupan dan kesyukuran. Justeru, bersifat amanahlah dalam bekerja. Laksanakan setiap tugasan tanpa culas, mematuhi peraturan waktu bekerja dan menjaga sehabis baik aset-aset dan kewangan pejabat yang dipertanggungjawabkan.
Adakah Wajib Menyimpan Duit Untuk Mengerjakan Haji?
Kaedah Islam menetapkan bahawa “apabila suatu perkara yang wajib itu tidak sempurna melainkan dengan suatu perkara lain, maka perkara lain itu menjadi wajib.” Disebabkan kewajipan haji tidak dapat disempurnakan melainkan dengan simpanan wang yang mencukupi, maka adakah menyimpan wang itu menjadi wajib?
Masih Wujudkah Khawarij?
Dari segi sejarah, kemunculan Khawarij berkait rapat dengan suasana ketidakstabilan politik yang berlaku dalam kalangan umat Islam pada penghujung zaman Khulafa al-Rasyidin. Namun, terdapat banyak nas-nas syarak dan hadis yang menunjukkan bahawa kelompok Khawarij akan terus wujud hingga ke akhir zaman. Jika Khawarij terdahulu berpegang kepada doktrin mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar, tetapi pada hari ini wujud mereka yang mengkafirkan sesama Islam hanya kerana dosa-dosa kecil atau khilaf di dalam perkara-perkara furu’ agama atau berbeza pendekatan dalam isu politik.
Bolehkah Orang Yang Belum Menunaikan Haji Memberi Tajaan Kepada Orang Lain Mengerjakan Haji?
Adakah boleh orang yang belum mengerjakan haji untuk dirinya memberi tajaan seperti wang perbelanjaan kepada orang lain untuk mengerjakan haji?
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Bangkit Bersama Iman, Menuju Redha Ar-Rahman
Hari ini, kita hidup dalam zaman yang penuh fitnah dan mencabar. Kita berhadapan dengan pelbagai cabaran sosial yang menggugat iman dan akhlak umat. Lantas, nasihati antara satu sama lain dan bimbinglah mereka yang telah tergelincir untuk masuk semula ke landasan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Noktahkan Normalisasi Maksiat
Apabila lisan biasa memaki hamun, mata atau telinga selalu melihat yang haram, lama-kelamaan akan tercabut rasa bersalah. Malah kadangkala menimbulkan ketagihan pada dosa sehingga sukar ditinggalkan. Solusi kepada normalisasi dosa hanyalah dapat dibasmi dengan normalisasi pahala. Biarlah trend yang tular adalah perkara berpahala dan bermanfaat.
Halusinasi: Pandangan Para Ulama
Marilah kita berkenalan dengan penyakit halusinasi yang juga dikenali sebagai skizofrenia. Dengan kata lain ia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan sehingga menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan di antara alam realiti dan alam fantasi. Tulisan ini melihat penyakit halusinasi dari sudut pandang para ulama.
Kaedah Dan Peringkat Pengeluaran Fatwa
Institusi fatwa merupakan suatu badan yang berperanan dan berautoriti dalam mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan isu-isu serta permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam. Ini merupakan garis panduan dan prosedur bagi pengeluaran sesuatu fatwa yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Psikologi Gelap Dan 9 Taktik Manipulasi Psikologi
Psikologi Gelap merujuk kepada kajian dan penggunaan prinsip psikologi untuk memanipulasi, mempengaruhi atau mengawal orang dengan cara yang negatif dan memudaratkan. Mari kenali beberapa Taktik Manipulasi Psikologi seperti paltering, gaslighting, negging, love bombing dan sebagainya.
Hukum Memberi ‘Rating’ Dan ‘Review’ Barang Yang Belum Digunakan Untuk Mendapatkan Ganjaran
Ramai pelanggan di Shopee yang terus memberi ‘review’ dan ‘rating’ sebaik sahaja menerima barang yang dibeli untuk mendapatkan sejumlah ‘coins’ walaupun belum menggunakan produk tersebut dan memeriksa kualitinya. Apakah hukum perbuatan ini?
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Lisan Yang Berhikmah
Lisan kita merupakan anugerah Allah SWT yang sangat berharga. Dengannya, kita mampu mengucapkan kalimah syahadah, berzikir, menyampaikan ilmu dan kebenaran. Namun pada masa yang sama, lisan juga boleh menjadi punca kehancuran diri sendiri dan orang lain.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Solat Azimat Keramat
Solat menjadi tonggak utama kepada seluruh ibadah lain dan mesti dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Solat bukan sekadar kewajipan dan tanggungjawab, ianya penguat jiwa insan dalam menghadapi cabaran kehidupan. Namun, amat menyedihkan apabila masih ramai dalam kalangan umat Islam yang mengabaikan solat atau mendirikannya secara sambil lewa, tanpa ilmu dan tidak sempurna.