Basahkan Lidah Dengan Zikrullah

Zikir merupakan amalan yang mudah dilakukan dan mengandungi pahala yang luar biasa. Di bulan Ramadan yang berkat ini di mana setiap amal kebaikan dilipatgandakan pahalanya, marilah kita berzikir untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

16 Adab Berdoa

Doa adalah memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pelajari 16 adab-adab berdoa.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Lailatulqadar, Dambaan Para Abrar

Peluang memburu Lailatulqadar hanya datang sekali setahun. Ganjaran gandaan pahala beribadah 1,000 bulan ini tidak wajar dilepaskan. 1,000 bulan yang bernisbah selama 83 tahun 4 bulan, satu tempoh masa beribadah yang cukup panjang! Marilah kita melakukan amalan untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dan memburu Lailatulqadar.

Maksud Dan Konsep Niat

Yang mana satu betul tentang niat kerana saya ada masalah was2 apabila berniat di dalam hati, kerana selalu lidah saya terikut sekali apa yang diniatkan sehingga saya tidak yakin niat saya sah atau tidak.

Kisah Berkaitan Sabar Dalam Agama

Kesabaran amat penting di saat manusia makin jauh dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Kita juga perlulah menjaga nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi pada hari ini kerana ia adalah daripada usaha keras para sahabat dan golongan selepas daripada mereka bagi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini.

Isu Pemilihan Nama Pendaftaran Bagi Bayi Yang Tidak Dapat Ditentukan Jantina

Seorang bayi baru dilahirkan seminggu lalu dengan dua jantina lelaki dan perempuan. Doktor mengesahkan bayi tersebut mempunyai alat jantina yang berfungsi dengan baik. Untuk mengesahkan alat kelamin mana yang lebih aktif perlu menunggu sehingga datang haid dan keluar air mani. Persoalannya bagaimana nama yang lebih awla (utama) nama untuk pendaftaran sama ada nama lelaki atau perempuan?

Teks Khutbah Jumaat (WP): Zakat Dan Al-Quran Menjana Kesejahteraan

Antara peristiwa agung yang berlaku dalam bulan Ramadan ialah Nuzul al-Quran iaitu turunnya al-Quran. Sebuah kitab yang penuh barakah dan menyeru agar manusia mengikutinya untuk mencapai kejayaan dan rahmat Allah SWT. Islam juga mewajibkan zakat fitrah ke atas umatnya dengan hikmah dan tujuan yang tersendiri. Ingatlah bahawa ibadah puasa Ramadan yang kita laksanakan adalah tidak lengkap sekiranya kewajipan zakat fitrah tidak ditunaikan.

Masalah Waswas Dalam Kebersihan

Bolehkah orang yang ada masalah was-was teruk terhadap perkara berkaitan najis menggunakan mazhab imam lain untuk mendapatkan ketenangan diri dan mengelakkan was-was menjadi semakin teruk contohnya berkaitan najis tahi cicak dan najis manusia/haiwan. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑