Teks Khutbah Jumaat (WP): Nisfu Syaaban, Persiapan Menyambut Ramadan

Hari ini kita telah memasuki hari yang ke-15 Syaaban. Inilah hari yang dikenali sebagai Nisfu Syaaban. Ini bermakna, berbaki dua minggu sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Menurut Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, malam dan siang hari Nisfu Syaaban merupakan dua waktu yang mempunyai kelebihan. Kita digalakkan untuk menghidupkan malam dan siang hari ini dengan ibadah.

Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

Kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit namun amalan tertentu pada malam tersebut adalah tidak ada sama sekali melainkan amalan yang bersifat umum seperti memperbanyakkan zikir, istighfar kepada Allah SWT, solat-solat sunat, berdoa, bersedekah dan lain-lain lagi.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Pembelaan Palestin, Menuntut Prihatin

Gencatan senjata telah menyaksikan hampir 2 juta penduduk Palestin sudah mula bergerak ke utara Gaza, pulang ke kediaman mereka yang sudah musnah dibedil rejim Zionis. Sesungguhnya mereka perlukan bantuan dan sokongan untuk bangkit semula meneruskan kehidupan, sedang ia tawaran besar daripada Allah SWT buat kita semua. Malu kita di hadapan Allah apabila saudara-saudara kita dizalimi sedemikian rupa tanpa kita dapat melakukan apa-apa. Diulit keamanan dan keselesaan usahlah kita lupa pada saudara kita di sana. Kerana sesungguhnya kita punya tanggungjawab untuk membantu dan membela saudara seagama. Tuntutan ukhuwah Islamiah tidak pernah mengenal batas-batas negara dan bangsa.

Niat Dan Amalan Orang Mukmin

Kata-kata daripada Imam Al-Ghazali: "Niat yang lurus dan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah Rabb al-Alamin lebih tinggi martabat dan kedudukannya daripada pekerjaan yang semata-mata hanya berdasarkan pada niat untuk memperoleh keduniaan....."

Sokongan Terhadap Rancangan Pembangunan Bandar Wakaf Malaysia Di Gaza

Isu Palestin yang mendapat perhatian kita semua sejak dua tahun lalu telah menunjukkan kepada cahaya di hujung terowongnya. Kejayaan gencatan senjata yang bermula pada 19hb Januari 2025 telah memberikan sedikit kelegaan buat umat Islam seluruh dunia khususnya rakyat Palestin. Maka, inilah waktu untuk kita menggandakan bantuan dan sokongan kerana mereka masih lagi berada dalam keadaan terdesak yang di saat-saat yang sangat getir ini dengan sama-sama membangunkan Bandar Wakaf di Bumi Palestin dengan anggaran kos RM 120 juta.

Teks Khutbah Jumaat:  Suburkan Iman, Cintai Wilayah Persekutuan

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2025 ini, ayuhlah bersama kita tanamkan rasa cinta dan kasih terhadap bumi bertuah Wilayah Persekutuan ini. Sesungguhnya, cintakan tanah air adalah lambang iman. Lihatlah bagaimana cinta Rasulullah SAW terhadap bumi Mekah sepertimana gambaran hadis riwayat Imam al-Tirmidzi daripada Ibnu Abbas radiallahuanhuma, sabda Baginda yang maksudnya:  “Alangkah baiknya dirimu wahai Makkah dan betapa cintanya diriku terhadapmu, seandainya kaumku tidak mengeluarkanku darimu, nescaya aku tidak akan tinggal selain daripadamu.”

Adakah Boleh Kita Sandarkan Segala Keputusan Kepada Allah?

Terdapat sebahagian orang yang dilihat “beragama” sering menyandarkan tindakan dan keputusan yang mereka buat kepada Allah SWT. Adakalanya mereka mengatakan bahawa keputusan itu adalah pilihan Allah dan bukan pilihan mereka. Mereka hanya diibaratkan seperti pelakon sedangkan Allah adalah director sebenarnya. Adakah tanggapan sebegini tepat menurut agama?

Teks Khutbah Jumaat (WP): Menghargai Anugerah Terindah

Solat merupakan anugerah terindah. Untuk menerima syariat solat, Rasulullah SAW diundang menghadap Allah azza wa jalla secara langsung. Bak hamba rakyat yang diundang ke istana, lantaran raja ingin menganugerahkan suatu darjat kebesaran. Seperti Baginda SAW juga, kita manusia memerlukan solat sebagai azimat dalam menghadapi kehidupan di dunia. Dengan solat, si hamba membina ingatan kepada Tuhannya, lalu memperoleh ketenangan jiwa.

Blog at WordPress.com.

Up ↑