Terletak di tepi Tasik Putrajaya yang tenang, Masjid Putra berdiri megah sebagai ikon utama pusat pentadbiran Malaysia. Pembinaannya bermula pada Mac 1996 dan siap sepenuhnya pada 1 September 1999, sebelum mula digunakan secara rasmi pada 30 Ogos 2000.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Wabak Jiwa, Racun Ummah
Umat Islam hari ini berdepan wabak yang lebih dahsyat daripada virus yang menyerang tubuh. Ia bukan menular melalui udara, tetapi melalui hati yang tamak, lidah yang menipu dan tangan yang khianat. Inilah wabak jiwa, penyakit rohani dan moral yang menghakis nilai, mencemar maruah, dan meruntuhkan keimanan bangsa.
Psikologi Seorang Suami: Di Sebalik Diamnya, Ada Lelah yang Tak Terucap
Ramai yang melihat suami sebagai tonggak kekuatan keluarga, sebagai pelindung, pencari rezeki, sosok penting dalam membuat keputusan. Namun, jarang sekali kita menelusuri sisi psikologi seorang suami; apa yang dia rasa, fikir dan tanggung dalam diam. Lelaki tidak sering bercerita tentang penatnya, tetapi di sebalik ketenangan yang dipaparkan, ada kelelahan yang kadang tidak disedari.
Hukum Zina di Malaysia: Adakah Penzina Terlepas Daripada Hukuman Duniawi Dengan Taubat?
Bagaimanakah hukum terhadap pasangan yang berzina dilaksanakan di Malaysia? Adakah mereka terlepas daripada hukuman dunia sekiranya mereka bertaubat nasuha?
Budaya Influencer dan Kesihatan Mental: Antara Inspirasi dan Tekanan
Dalam dunia digital hari ini, budaya influencer bukan sekadar fenomena media sosial, ia telah menjadi sebahagian daripada cara kita berfikir, menilai diri dan berinteraksi. Ramai menjadikan influencer sebagai sumber inspirasi gaya hidup, kecantikan, kerjaya, malah agama. Namun di sebalik paparan yang indah di skrin telefon, ada persoalan penting yang perlu diteliti: apakah kesannya terhadap kesihatan mental sama ada kepada pengikut mahupun influencer sendiri?
Amalan Meminta Doa Dari Jemaah Haji
Apabila seseorang pulang dari Tanah Suci, kita biasanya menyambut mereka dengan penuh kegembiraan. Dalam budaya kita, sering juga ada yang meminta, “Doakan saya juga ya!” Persoalannya, apakah amalan ini benar dan wajar dari sudut Islam?
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Akhlak Mulia Pelindung Remaja
Usia remaja adalah fasa yang menentukan arah hidup seseorang. Jika remaja kuat akhlaknya, mereka akan menjadi pemimpin yang membawa kebaikan. Tetapi jika mereka hilang nilai, mereka akan menjadi generasi yang mudah dipengaruhi hawa nafsu. Kerana itu, Rasulullah SAW memberi perhatian besar kepada generasi muda.
Nikah di Sempadan Tanpa Pendaftaran – Status, Hukum dan Penyelesaiannya
Pernikahan di sempadan melalui sindiket tanpa dokumen yang sah mencetuskan pelbagai persoalan yang rumit kepada pasangan dan juga hasil perkahwinan. Dapatkan jawapan kepada persoalan ini untuk mengetahui bahaya perkahwinan di sempadan tanpa didaftar di dalam negara.
Rukun Iman dan Penghayatannya Dalam Dunia Moden
Rukun Iman ialah enam asas utama yang menjadi tunjang keimanan seorang Muslim. Ia bukan sekadar pengetahuan teori, tetapi panduan hidup yang membentuk cara berfikir, bersikap, dan bertindak dalam menghadapi cabaran dunia moden yang serba pantas, materialistik dan mencabar nilai spiritual.
Renung Nilai Amal Kita – Tadabbur Surah al-Kahfi 18:103–104
Ayat ini adalah satu peringatan yang mendalam daripada Allah SWT tentang golongan manusia yang dianggap berjaya di dunia, tetapi sebenarnya paling rugi di sisi Allah pada hari akhirat.
Ketagihan Pornografi: Bahaya Tersembunyi dan Jalan Pemulihan
Ketagihan pornografi bukan sekadar isu moral, tetapi juga masalah kesihatan mental dan sosial. Kajian menunjukkan bahawa pendedahan berlebihan terhadap bahan lucah boleh mengubah cara otak memproses rangsangan dan keseronokan, sama seperti kesan ketagihan dadah.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Membezakan Nilai, Memilih Kebenaran
Dunia moden telah mengubah wajah fitnah. Jika dahulu fitnah datang melalui pedang dan kuasa, hari ini ia datang melalui skrin dan suara. Sekali petik jari, berita palsu boleh menjelma sebagai kebenaran. Sekali perkongsian, dosa boleh berantai tanpa kita sedar. Krisis yang paling besar hari ini bukanlah semata krisis ekonomi atau dunia, tetapi krisis akidah dan kehilangan kompas kebenaran.
Turunnya Fitnah, Bagaikan Turunnya Air Hujan
Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi di Madinah, lalu bersabda: “Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pakej Haji Murah: Antara Niat Suci dan Amanah yang Dikhianati
Setiap kali musim haji menjelang, pasti ada kisah sedih yang tular, bakal jemaah tertipu dengan pakej tidak berlesen, wang simpanan lesap, malah ada yang terkandas di lapangan terbang tanpa dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Hukum Menyerap Kos Tambahan Hotel Dalam Sewa Dewan
Apakah hukum berkenaan urusan tempahan hotel apabila dalam sesetengah keadaan kadar sewa dewan dinaikkan bagi menampung kos tambahan seperti bilik penginapan, kadar bilik yang tinggi atau kos jamuan makan?
Kerisauan Melanggar Lafaz Taklik Kepada Isteri
Suami isteri PJJ, isteri anggap suami curang selepas tahu suami tonton video wanita seksi sambil onani. Isteri tuntut cerai dan minta suami lafaz taklik — jika ulang perbuatan itu, jatuh talak. Suami lafaz tiga kali dengan maksud sama dalam keadaan terkejut dan bingung.
Benarkah Nabi SAW Melarang Memakan Ikan Yang Tidak Bersisik?
Tular satu video yang mendakwa bahawa Nabi SAW melarang umat Islam daripada memakan ikan yang tidak mempunyai sisik. Adakah benar dakwaan ini bersumber daripada sabda Nabi SAW?
Mendengar Khutbah dengan Tulus: Etika dan Adab di Hari Jumaat
Khutbah Jumaat bukan sekadar perkataan di mimbar, ia adalah saat untuk kita menyambung jiwa dengan nasihat Ilahi, dan menambah keimanan kita. berkata-kata atau melakukan perkara sia-sia (“laghâ”) ketika imam atau khatib sedang berkhutbah adalah perbuatan makruh kuat, malah boleh menyebabkan solat Jumaat kita kehilangan pahala keutamaan.
Pertanyaan Berkenaan Rawatan Talqin Dzikir
Terdapat sebuah pusat rawatan Islam yang menawarkan rawatan Talqin Dzikir dengan bayaran tertentu. Dalam penerangan yang diberikan, dinyatakan bahawa melalui rawatan ini seseorang akan “terhubung dengan Allah 24 jam melalui roh yang berdzikir.” Persoalan timbul sama ada dakwaan seumpama ini bertepatan dengan ajaran Islam dan tidak menyeleweng daripada akidah.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Menabur Bakti, Menuai Syurga
Memuliakan orang tua khususnya ibu bapa bukan sekadar adat, tetapi perintah Allah yang wajib ditunaikan dan adalah haram segala bentuk kata-kata kasar, apatah lagi menengking atau menyakiti hati mereka.