Teks Khutbah Jumaat: Gerakan Era Baharu: Ancaman Halus Keimanan

Mutakhir, Gerakan Era Baharu atau New Age Movement yang kini mula dikesan dan semakin kelihatan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Era Baharu atau New Age dengan maksud ‘zaman baharu kerohanian’ bagi menggantikan agama yang kononnya lebih terbuka, bebas serta inklusif berbanding agama-agama yang dianggap lapuk, kaku dan bersifat menghukum. 

Kenali Masjid Jamek Batu Arang

Di tengah-tengah pekan kecil Batu Arang, Selangor – sebuah tempat yang suatu ketika dahulu menjadi pusat perlombongan arang batu terbesar di Tanah Melayu – berdirilah Masjid Jamek Batu Arang. Dibina pada tahun 1970-an dengan konsep seni bina Melayu tradisional, masjid ini bukan sahaja menjadi pusat ibadah, tetapi juga penanda sejarah bagi komuniti Muslim setempat.

Etika Pengamal Perubatan Menurut Maqasid Al-Syariah

Keyakinan terhadap kepakaran doktor, jururawat tempatan dan kualiti rawatan bertaraf antarabangsa kini menjadi pilihan utama bagi masyarakat setempat serta pelancong antarabangsa. Di sebalik pencapaian yang membanggakan ini, aspek etika dalam amalan perubatan tidak boleh diketepikan. Kemajuan bidang perubatan perlu berjalan seiring dengan pemeliharaan nilai dan prinsip syarak. Di sinilah peranan Maqasid Syariah menjadi panduan penting dalam membentuk etika pengamal perubatan.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Ukhuwah Dihayati, Perpaduan Diberkati

Perpaduan juga merupakan fitrah manusia kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Firman Allah di dalam surah al-Hujurat ayat 10 bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Nak Otak Tajam? Senarai Makanan Penguat Minda

Kekuatan daya ingatan bukan sahaja penting untuk pelajar, bahkan juga untuk orang dewasa dan warga emas. Dalam Islam, menuntut ilmu dan mengingati Allah adalah ibadah yang tinggi nilainya. Maka menjaga kesihatan otak adalah sebahagian daripada menjaga amanah tubuh yang dikurniakan Allah. Berikut adalah beberapa makanan penguat ingatan yang mudah didapati dan tidak membebankan poket rakyat marhaen

7 Amalan Dimurahkan Rezeki Menurut Islam

Dalam kehidupan moden yang mencabar hari ini, ramai antara kita berusaha keras demi mencari rezeki yang halal dan mencukupi. Sebagai Muslim, kita perlu yakin percaya bahawa rezeki itu milik Allah, dan Dia yang melapangkan atau menyempitkannya. Berikut adalah 7 amalan utama yang boleh diamalkan mudah-mudahan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Kerja Penat, Gaji Tak Cukup: Krisis Senyap Anak Muda

Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, semakin ramai anak muda yang terperangkap dalam kebuntuan kewangan dan tekanan hidup yang menggusarkan. Gaji yang tidak sepadan dengan kos sara hidup, hutang pelajaran yang belum selesai, peluang kerja yang tidak stabil semua ini mewujudkan satu bentuk keresahan yang sunyi tetapi sangat merosakkan dari dalam. Dapatkan 3 panduan Islam dalam menghadapi keresahan kewangan.

Hukum Melamar Wanita Dalam Tempoh Idah

Kebelakangan ini, apabila artis terkenal diceraikan oleh suaminya, terdapat suara-suara netizen yang memuji kecantikannya dan ada yang bagi “hint” atau “lock” untuk melamarnya. Bolehkah seseorang wanita menerima lamaran lelaki lain tanpa menunggu idahnya habis? 

Teks Khutbah Jumaat (Negeri Sembilan): Media Sosial, Amanah Atau Fitnah

Penggunaan media sosial menurut pandangan syarak tergolong dalam hukum harus tetapi keharusan ini bukanlah bersifat mutlak. Ianya berubah mengikut niat, tujuan dan cara penggunaannya. Jika media sosial diguna untuk sebarkan ilmu dan galakkan amar makruf, maka pengguna akan beroleh ganjaran pahala.  Sebaliknya, jika dijadikan medan fitnah maka perbuatan tersebut tergolong dalam larangan syarak serta mendatangkan dosa.

Blog at WordPress.com.

Up ↑