Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Ramadan Dirindui Pengampunan Diraih

Hakikatnya, Ramadan adalah bulan latihan manakala Syawal pula adalah bulan ujian. Jika Ramadan melatih kita untuk bangun malam, Syawal pula akan menguji kita sama ada kita masih lagi menjaga solat malam tersebut. Jika Ramadan membiasakan lidah kita dengan zikir dan tilawah, Syawal pula menguji kita sama ada al-Quran itu masih menjadi teman setia atau sebaliknya.

Teks Khutbah Jumaat (Wilayah Persekutuan): Lailatul Qadar: Malam Seribu Bulan

Lailatul Qadar dirahsiakan oleh Allah SWT agar kita tidak memilih malam tertentu sahaja, tetapi bersungguh-sungguh menghidupkan seluruh sepuluh malam terakhir Ramadan. Inilah ujian keikhlasan. Hamba yang benar-benar mengidamkan Lailatul Qadar ialah mereka yang berusaha memperbaiki solatnya, mendekatkan diri dengan al-Quran, memperbanyakkan istighfar, serta membersihkan hati daripada dosa sesama manusia.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Infak Disemai, Rahmat Dituai

Istimewanya pada bulan Ramadan ini, Allah SWT mewajibkan dua rukun Islam sekali gus, iaitu puasa dan zakat yang tidak diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Kedua-dua rukun serta ibadah ini bukan hanya menjadi madrasah rohani, bahkan ia juga merupakan ujian sebenar akan tingkat kecaknaan dan keprihatinan kita terhadap nasib serta kebajikan sesama insan.

Bersangka Baiklah Dengan Allah SWT

Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, ada saat kita diuji dengan kehilangan, kegagalan, kekecewaan dan doa yang terasa lambat dimakbulkan. Pada ketika itulah hati seorang mukmin diuji, bukan sekadar dengan ujian itu sendiri, tetapi dengan sangkaannya terhadap Allah SWT. Apakah kita yakin Allah sedang menyusun sesuatu yang lebih baik? Atau kita mula berburuk sangka terhadap takdir-Nya?

Tazkirah: Ujian, Iman dan Ketenangan Hati

Dalam kehidupan moden yang penuh tekanan, ujian rumahtangga, kewangan, kesihatan dan emosi, ayat ini menyeru kita agar kembali memeriksa hubungan kita dengan Allah. Kerana ketenangan sebenar bukan datang daripada keadaan yang sempurna, tetapi daripada hati yang yakin bahawa Allah sedang memimpin langkah kita.

Cara Lupuskan Nama Mulia 

Apakah cara yang betul untuk melupuskan kertas yang mengandungi nama Allah SWT dan Rasulullah SAW, tetapi tidak mengandungi ayat al-Quran atau hadis? Adakah kaedah pelupusannya sama seperti mushaf al-Quran, atau terdapat cara lain?

Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Tingkatkan Ilmu, Manfaatkan Waktu 

Ilmu adalah cahaya yang menerangi kehidupan. Hari ini kita melihat pelbagai fahaman dan ideologi cuba menyesatkan umat. Ada yang menolak fitrah, menormalisasi maksiat atas nama hak dan kebebasan, bahkan mempersenda hukum Allah yang suci. Semua ini berpunca daripada ilmu yang tidak berpaksikan iman dan akal yang tidak tunduk kepada wahyu. 

Lima Amalan Pembuka Pintu Rezeki Menurut Al-Quran dan Sunnah

Rezeki adalah kurniaan Allah SWT yang luas dan tidak terbatas. Ia bukan sekadar harta dan wang ringgit, tetapi merangkumi ketenangan hati, kesihatan, keluarga yang harmoni serta keberkatan dalam kehidupan. Islam mengajar bahawa rezeki bukan hanya dicari dengan usaha zahir semata-mata, tetapi turut dipermudah melalui amalan rohani yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berikut adalah antara lima amalan utama sebagai pembuka pintu rezeki.

Tanda-Tanda Seorang Hamba yang Sebenar

Menjadi hamba Allah bukan sekadar mendirikan ibadah ritual tetapi membina jiwa yang tenang, akhlak yang mulia, dan hati yang sentiasa terpaut kepada Allah. Ia bermula dengan perkara kecil termasuk membaiki perangai, mengawal lidah, merendahkan hati, bersabar dengan manusia, menyempurnakan hak orang lain, dan sentiasa kembali kepada Allah dalam setiap urusan.

Mukjizat Nabi: Kisah Bulan Terbelah (Shaqq al-Qamar)

Kisah bulan terbelah adalah antara mukjizat agung Nabi Muhammad SAW yang disebut dalam al-Quran dan disahkan riwayat sahih. Peristiwa ini bukan sekadar tanda kekuasaan Allah, tetapi pengingat bahawa hati yang enggan menerima kebenaran tidak akan tunduk walau sebesar mana pun mukjizat ditampilkan.

Blog at WordPress.com.

Up ↑