Isu Pembekuan Jenazah Bayi Muslim Di Hospital Swasta

Baru-baru ini tular suatu berita berkenaan tindakan sebuah hospital swasta yang didakwa menahan dan membekukan jenazah bayi selama dua minggu hanya kerana pesakit tidak mampu membayar kos kelahiran bayi tersebut. Di sini dikongsikan pandangan Islam secara umum yang menuntut umatnya supaya mempercepatkan proses pengurusan jenazah.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Bahagia Memberi, Syurga Diganjari

Harta yang kita miliki merupakan perhiasan dunia, dan dalam masa sama ia juga adalah ujian buat manusia.Mereka yang dianugerahkan harta kekayaan diuji dengan tuntutan infak, bersedekah dan mengasihi insan lain. Manakala mereka yang tidak berharta pula diuji dengan tuntutan bersabar, qanaah dan reda. Justeru, Islam telah mensyariatkan zakat, infak dan wakaf sebagai jalan untuk menyelamatkan umat ini daripada fitnah harta.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Tuntutan Mengimarah Rumah Allah

Masjid adalah syiar umat Islam yang perlu dibangunkan di setiap penempatan komuniti umat Islam. Di situlah mereka bertemu, bersatu dan berjemaah mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT, yang tiada bagi-Nya sekutu. Nilai yang lebih besar dan matlamat yang lebih penting untuk kita bangunkan bersama masjid yang telah terbina indah ialah tuntutan untuk mengimarahkan masjid sebagai rumah Allah. Inilah hak rumah Allah yang perlu kita jayakan bersama.

Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Tuntutlah Ilmu, Syurga Menunggu 

Menuntut ilmu merupakan satu usaha yang sangat mulia. Seseorang yang berusaha dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu akan mendapat kedudukan yang istimewa di sisi Allah Azza wa Jalla. Dalam Islam, menuntut ilmu bukanlah sekadar untuk meraih kejayaan di dunia, tetapi ia juga usaha untuk menggapai kejayaan di akhirat dan kebahagiaan di syurga.

Blog at WordPress.com.

Up ↑