Adakah sahih hadith isteri sujud pada suami ini? “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)]
Mulakan Segalanya dengan Basmalah
Ada satu ungkapan yang ringkas tetapi luar biasa: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ “Bismillahirrahmanirrahim.” atau pendeknya ““Bismillah” Kita diajar sejak kecil untuk menyebutnya sebelum makan, sebelum belajar, sebelum keluar rumah — bahkan sebelum melakukan apa jua perkara dalam kehidupan. Tetapi semakin dewasa, semakin ramai antara kita yang terlupa atau mengambil ringan tentang kekuatan lafaz ini.
Bolehkah Pemiutang Menghalalkan Hutang Yang Berbaki Selepas Kematiannya?
Seseorang mempunyai hutang sejumlah wang yang besar dengan rakannya dan membuat bayaran secara ansuran. Rakannya pernah menyatakan bahawa sekiranya dia meninggal dunia sebelum hutang itu dilangsaikan sepenuhnya, maka baki hutang tersebut dianggap dihalalkan. Persoalannya, adakah pernyataan seperti ini sah dan dibenarkan dalam Islam?
Hentikan Normalisasi Maksiat
Tindakan menormalisasikan maksiat atas nama kebebasan peribadi adalah satu kesalahan besar dari sudut syarak. Setiap Muslim terikat dengan perjanjian dengan Allah SWT sejak di alam roh lagi, dan kebebasan manusia bukanlah mutlak. Apa yang baik atau buruk bukan ditentukan oleh akal semata-mata, tetapi mesti berpandukan syariat. Justeru, masyarakat perlu membina kekuatan rohani, bertaubat, memperbanyak amal soleh dan menjauhi persekitaran yang mendorong kepada kemaksiatan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Menggalas Ikhlas, Kesempurnaan Dibalas
Penyakit hati tiga serangkai; riyak, ujub dan sum’ah adalah racun berbisa yang sering membunuh keikhlasan. Umat hari ini kian parah, saban hari bergelumang dengan racun pemusnah amalan tanpa disedari. Bersama solat dan sedekah, sering memuat naik foto dan video ke media sosial untuk perhatian dan pujian. Menulis dan berbicara panjang tentang ‘amal kebajikan’ untuk meraih populariti. Membantu golongan susah turut dipaparkan untuk menaikkan pengaruh diri, lantas tiada lagi niat ikhlas untuk meraih reda Allah.
Keutamaan Puasa Tasu’aa’ dan ‘Asyuraa’
Seringkali didengari tentang puasa Tasu’aa’ dan ‘Asyuraa’ apabila memasuki tahun baru hijrah. Ia berlaku pada bulan Muharram yang merupakan salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Apakah keistimewaan puasa di dua hari ini sehingga menjadi keutamaan amalan umat Islam?
6 Jenis Perangai Toksik yang Merosakkan Hubungan
Manusia toksik adalah individu yang sering membawa aura negatif dalam perhubungan — suka memanipulasi, menghakimi, mementingkan diri, dan sukar diajak berbincang. Mari kenali 6 jenis perangai toksik yang perlu kita jauhi.
Lahn Dalam Solat, Adakah Sah Solat Saya?
Adakah sah solat selama ini kerana baru sedar terdapat kesalahan bacaan rukun qauli pada tahiyat akhir.
Adakah Terbatal Taklik Talak Jika Pernah Bercerai Dan Rujuk Semula?
Jika suami melafazkan taklik dan pasangan telah bercerai dan rujuk semula dalam tempoh iddah (talak raj'ie), adakah taklik yang asal terbatal?
Teks Khutbah Jumaat – Hijrah: Membangun Ummah Madani
Marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan nikmat tahun baru 1447 Hijrah ini. Semoga segala amal kebaikan yang telah kita laksanakan sepanjang tahun lalu diterima oleh Allah SWT, dan tahun ini menjadi satu titik permulaan pembukaan lembaran baru yang lebih baik dan diberkati.
Ayat-Ayat Al-Quran Tentang Syukur
Apabila kita memikirkan konsep bersyukur dan berterima kasih, adalah penting untuk kita memikirkan bagaimana Allah SWT telah merahmati kehidupan kita dengan pelbagai kebaikan dan bagaimana kita boleh melakukan perkara yang sama dengan berbuat kebaikan kepada sesama makhluk sebagai tanda kesyukuran kita kepada-Nya. Disenaraikan ayat-ayat Al-Quran tentang Syukur.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Infak: Benih Kebaikan, Tuaian Keberkatan
Infak merupakan antara ibadah yang paling besar ganjaran pahalanya di sisi Allah SWT. Ibadah ini merupakan salah satu wasilah untuk kita menzahirkan syukur kepada Allah SWT atas nikmat pendapatan yang kita perolehi daripada sumber pekerjaan yang halal, mahupun rezeki-rezeki daripada Allah SWT seperti buah-buahan dan juga hasil tanaman.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Ayah: Wira Tanpa Mahkota
Menjadi ketua keluarga bukanlah tugas yang ringan. Seorang bapa adalah pejuang yang tidak pernah mengeluh. Dia membanting tulang, memeras keringat siang dan malam demi sesuap rezeki yang halal. Dan bapa juhga perlu memimpin dengan contoh yang baik, termasuk dalam ibadah dan akhlak. Jadi, taatilah dan kasihilah para bapa selayaknya dan doakanlah kesejahteraan buat mereka.
Ayat-Ayat Al-Quran Tentang Keadilan
Dalam Al-Quran, keadilan Allah SWT ditekankan dan keadilan itu dituntut daripada kita hamba-hambaNya.
Sedih Tengok Haiwan Dikorbankan – Ibadah Korban Bukanlah Satu Penganiayaan
Baru-baru ini ada yang meluahkan rasa sedih melihat haiwan dikorbankan dan ada juga dakwaan bahawa sembelih haiwan korban merupakan satu penganiayaan terhadap haiwan. Bolehkan pihak Jabatan Mufti mengeluarkan satu kenyataan terhadap isu ini.
Ayat-Ayat Al-Quran Tentang Rezeki
Berikut merupakan ayat-ayat Al-Quran tentang rezeki yang boleh direnungkan bersama.
Hukum Menggambarkan Melalui Artificial Intelligence (A.I) Masuk Ke Dalam Syurga
Apakah hukum mengambarkan arwah sekumpulan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meninggal dunia akibat kemalangan memasuki pintu cahaya yang dilihat seperti syurga. Mohon penjelasan.
Kemurnian Akidah Dalam Menangani Budaya Khurafat Dan Tahyul
Mengapakah masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya orang Melayu, yang mudah mempercayai cerita-cerita tahyul dan hantu seperti kisah "Cikgu Nina dan pocong" yang tular baru-baru ini, sedangkan kepercayaan seperti ini jelas menyeleweng daripada ajaran Islam dan boleh menyesatkan akidah umat?
Teks Khutbah Jumaat (WP): Budaya Tular: Saring Sebelum Sebar
Dalam menghadapi fenomena masyarakat yang suka kepada budaya tular ini, hendaklah kita berwaspada daripada terjebak dalam kejelikan, unsur fitnah dan adu domba yang boleh memecah belahkan masyarakat. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengatakan sesuatu yang tidak benar terhadap seorang mukmin, maka Allah akan menempatkannya di dalam Radghatal Khabal (iaitu neraka yang penuh nanah dan darah penghuninya) sehingga dia menarik balik apa yang dikatakannya.”
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Bersiap Menghadapi Kepastian
Orang yang banyak mengingati mati dan mempersiapkannya dengan iman yang benar, tauhid yang murni, amal yang soleh, dengan landasan niat yang ikhlas, itulah orang-orang yang paling berakal.