Halusinasi: Pandangan Para Ulama 

Marilah kita berkenalan dengan penyakit halusinasi yang juga dikenali sebagai skizofrenia. Dengan kata lain ia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan sehingga menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan di antara alam realiti dan alam fantasi. Tulisan ini melihat penyakit halusinasi dari sudut pandang para ulama.

Bolehkah Tidak Menghalalkan Pemberian Yang Sudah Diberi?

Jika seseorang pernah memberi sejumlah duit dengan ikhlas sedekah untuk membantu tetapi apabila timbul salah faham, dia marah dan mengungkit semula pemberiannya serta tidak menghalalkan duit dan apa-apa makan yang dia pernah tanggung dahulu. Adakah perlu membayar semula duit dan kos makan minum yang tidak dihalalkan itu?

Kaedah Dan Peringkat Pengeluaran Fatwa

Institusi fatwa merupakan suatu badan yang berperanan dan berautoriti dalam mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan isu-isu serta permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam. Ini merupakan garis panduan dan prosedur bagi pengeluaran sesuatu fatwa yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Solat Azimat Keramat

Solat menjadi tonggak utama kepada seluruh ibadah lain dan mesti dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Solat bukan sekadar kewajipan dan tanggungjawab, ianya penguat jiwa insan dalam menghadapi cabaran kehidupan. Namun, amat menyedihkan apabila masih ramai dalam kalangan umat Islam yang mengabaikan solat atau mendirikannya secara sambil lewa, tanpa ilmu dan tidak sempurna.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Syawal Dirai, Ukhuwah Dipeduli

Memeriahkan sambutan Syawal memberikan kita peluang yang besar untuk memperkukuhkan silaturahim bersama keluarga, jiran tetangga, dan rakan taulan. Oleh itu, sambutan secara berperingkat dalam tempoh sebulan ini selari dengan semangat Islam yang meraikan kepelbagaian dan memudahkan urusan umatnya.

6 Hak Sesama Muslim: Jangan Ambil Mudah 

Islam adalah sebuah agama yang amat menitikberatkan hubungan  persaudaraan dan kasih sayang sesama Muslim. Malangnya, kebelakangan ini ketaksuban politik membawa ramai umat Islam untuk memusuhi umat Islam yang lain dan perkara ini sangat bercanggah dengan saranan Islam kepada penganutnya.

Penentuan Air Liur Dari Perut Atau Mulut?

Saya pernah tertidur ketika masih memakai telekung selepas solat. Apabila sedar, ada air liur pada bahagian luar mulut yang terkena pada telekung. Jadi saya tidak dapat memastikan sama ada ianya dari perut atau mulut. Jadi adakah air liur itu najis dan saya perlu membasuh telekung tersebut?

Hukum Solat Dalam Gelap

Saya berkongsi bilik dengan seorang rakan dan saya selalu balik lambat ke bilik pada waktu malam. Kadangkala saya nak solat isyak tapi kawan saya dah tidur dan bilik sangat gelap. Saya ingin bertanya, apakah hukum solat dalam gelap? 

Teks Khutbah Jumaat (WP): Istiqamah Penyubur Jiwa Kehambaan

Nilai sebenar iman kita ialah istiqamah dalam ketaatan. Sedarlah, jika kita bersungguh-sungguh beribadah kerana Allah SWT bukan hanya kerana Ramadan, sudah pasti kesan tarbiah dan ibadah di bulan berkat itu dapat kita raih. Kesungguhan beramal tidak seharusnya terhenti dengan berakhirnya Ramadan, bahkan ia mesti berkesinambungan sepanjang masa selagi hayat dikandung badan. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑