Negara Brunei Darussalam akan membuka sempadan darat dan lautnya pada 1 Ogos depan tertakluk kepada keadaan semasa jangkitan COVID-19. Dengan berita gembira ini, insyaAllah warga Malaysia akan dapat mengembara ke negara jiran ini dan menikmati apa yang ditawarkan oleh Brunei Darussalam.