Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Menyambut Tetamu Agung Dengan Ketakwaan 

Kini kita berada di ambang kedatangan bulan Ramadan, tetamu agung yang Allah hadirkan sebagai medan rahmat dan keampunan. Maka usah sesekali kita berasa lemah dalam mentaati perintah Allah. Sabar dan tahanlah diri agar tidak melakukan apa yang ditegah. Mudah-mudahan Ramadan yang bakal menjelang, membentuk takwa yang menjadi sumber kekuatan dalam usaha menambah amal soleh.

Bersangka Baiklah Dengan Allah SWT

Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, ada saat kita diuji dengan kehilangan, kegagalan, kekecewaan dan doa yang terasa lambat dimakbulkan. Pada ketika itulah hati seorang mukmin diuji, bukan sekadar dengan ujian itu sendiri, tetapi dengan sangkaannya terhadap Allah SWT. Apakah kita yakin Allah sedang menyusun sesuatu yang lebih baik? Atau kita mula berburuk sangka terhadap takdir-Nya?

8 Persediaan Mukmin Menuju Ramadan

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah rohani yang mendidik jiwa, membentuk akhlak dan menguatkan hubungan seorang hamba dengan Penciptanya. Namun, Ramadan yang diberkati tidak hadir secara automatik. Ia menuntut persediaan dari hati, minda dan amalan. Berikut adalah lapan persediaan penting seorang mukmin dalam menyambut bulan Ramadan agar ia benar-benar menjadi bulan perubahan dan keberkatan.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Takwa Memakmur Wilayah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Janganlah kamu saling berdengki. Janganlah kamu saling menipu dan memperdaya. Janganlah kamu saling membenci. Janganlah kamu saling memulaukan antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu mensabotaj urusan perniagaan saudara yang lain. Jadilah kamu para hamba Allah yang bersaudara. Setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak boleh menzalimi, mengabaikan, membohongi atau menghinanya. Takwa itu di sini. Baginda SAW mengisyaratkan ke dadanya sebanyak tiga kali.”

5 Cara Suami Mendapat Pahala Mudah 

Dalam Islam, perkahwinan bukan sekadar ikatan sosial, tetapi satu amanah dan ladang pahala. Menariknya, banyak amalan harian seorang suami yang kelihatan kecil, namun sebenarnya bernilai besar di sisi Allah SWT jika dilakukan dengan niat yang betul.

Mencari Cantik: Apakah Hukum Mengambil Suplemen Pemutih Kulit?

Keinginan untuk kelihatan cantik, kemas dan menarik merupakan fitrah semula jadi manusia. Dalam Islam, kecantikan tidak ditolak bahkan diraikan, selagi mana ia selari dengan tuntutan Syariah dan tidak membawa mudarat. Namun, kebelakangan ini timbul kebimbangan apabila penggunaan suplemen pemutih didapati terdedah kepada risiko keselamatan kesihatan. Jadi apakah hukumnya kepada umat Islam untuk menggunakan rawatan ini?

Tazkirah: Ujian, Iman dan Ketenangan Hati

Dalam kehidupan moden yang penuh tekanan, ujian rumahtangga, kewangan, kesihatan dan emosi, ayat ini menyeru kita agar kembali memeriksa hubungan kita dengan Allah. Kerana ketenangan sebenar bukan datang daripada keadaan yang sempurna, tetapi daripada hati yang yakin bahawa Allah sedang memimpin langkah kita.

Bila Perkahwinan Menjadi Mudarat: Memahami Perceraian dari Perspektif Rahmah

Perkahwinan sering digambarkan sebagai destinasi kebahagiaan, tempat dua jiwa berteduh, berkongsi kasih dan membina ketenangan. Namun dalam realiti kehidupan, tidak semua perkahwinan berakhir dengan sakinah yang diimpikan. Dalam keadaan beginilah Islam tampil dengan pendekatan yang penuh hikmah: tidak memaksa seseorang terus bertahan dalam penderitaan, dan tidak juga menggalakkan perpisahan tanpa sebab yang wajar.

Kefahaman Tentang Tafwid Al-Talaq 

Lafaz yang diucapkan oleh pihak suami berbentuk memberi pilihan kepada isteri untuk meneruskan atau menamatkan perkahwinan. tergolong sebagai tafwīḍ al-ṭalāq, iaitu penyerahan hak talak kepada isteri, dan termasuk dalam kategori lafaz kināyah yang memerlukan niat serta penerimaan daripada pihak isteri.

Tajuk: Bapa Qawwam, Wira Tidak Didendang 

Bapa ialah tiang dalam bangunan keluarga. Jika tiang itu condong, maka seluruh rumah akan retak. Tetapi jika tiang itu tegak dengan iman, sabar dan tanggungjawab, maka seisi rumah akan berdiri kukuh dengan kasih dan keberkatan. Menjadi qawwam bukan sekadar memberi arahan, tetapi memberi teladan. Bukan hanya mencari rezeki, tetapi mencari reda. Bapa bukan hanya penjaga di dunia, tetapi pembimbing menuju syurga. 

Siapakah Imam Mahdi? Pandangan Ahlus Sunnah wal Jamaah

Isu berkaitan Imam Mahdi sering menjadi perhatian umat Islam, khususnya apabila muncul individu tertentu yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi. Justeru, adalah penting untuk umat Islam memahami siapakah sebenarnya Imam Mahdi menurut pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, berdasarkan al-Quran, hadis sahih dan kefahaman para ulama muktabar.

Wuduk Atas Stoking: Boleh atau Tidak?

Isu berwuduk dengan menyapu di atas stoking sering menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya apabila melibatkan kemudahan ketika bermusafir, bekerja atau berada di tempat awam. Persoalannya, adakah perbuatan menyapu stoking boleh menggantikan basuhan kaki ketika wuduk menurut hukum syarak?

Hukum Seorang Wanita Menunaikan Umrah Tanpa Mahram

Umrah merupakan salah satu ibadah yang wajib untuk ditunaikan. Hukum asal bagi seorang wanita bermusafir tanpa mahram adalah tidak dibolehkan berdasarkan kepada beberapa hadis yang sahih. Namun begitu para ulama berbeza pandangan tentang syarat mahram untuk menunaikan haji dan umrah.

Blog at WordPress.com.

Up ↑