Ramadan, Bulan Penuh Keistimewaan

Ramadan merupakan bulan Islam yang ke sembilan selepas bulan Syaaban dan terletak padanya kewajipan berpuasa ke atas seluruh umat Islam. Ia merupakan bulan yang ditunggu-tunggu berikutan terdapat ganjaran yang cukup istimewa kepada umat Islam. Terdapat beberapa nama lain bulan Ramadan yang menggambarkan kelebihannya.

Ikutilah Resmi Padi Dalam Menuntut Ilmu

Apakah kefahaman di sebalik hadis ini? -- “Sesiapa yang menuntut ilmu agama untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah akan masukkan dia ke dalam api neraka.” (Riwayat al-Tirmizi)

Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadan

Apakah hukum bagi wanita yang datang haid jika beliau membaca al-Quran atau ma’tsurat ? Bolehkah membaca ayat-ayat lazim? Bolehkah dibaca secara zahir dengan niat zikir? Apakah amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid di bulan Ramadhan dan jika bertemu dengan Lailatul Qadar ?

4 Tip Mengemudi Rumahtangga

Bagi pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga, perjalanan kamu berdua baru sahaja bermula. 4 tip dititip untuk dipraktikkan dalam kehidupan berumahtangga, agar akhirnya membawa bahagia hingga ke syurga. 

Hukum Solat Tarawih Secara Bersendirian

Sempena Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, marilah kita mengejar pahala yang ditawarkan. Solat tarawih sememangnya digalakkan di masjid, namun bolehkah jika ianya dilakukan bersendirian dan bukan berjemaah? Apakah hukumnya tarawih bersendirian?

Hukum Menghantar Makanan Tidak Halal Oleh Rider Muslim 

Saya bekerja sebagai food rider. Saya ada hantar makanan yang tidak halal di mana saya ambil makanan dari kedai tidak halal dan hantar makanan tersebut kepada yang bukan muslim. Sebagai food rider kami tiada pilihan untuk ambil id halal sahaja. Walaupun bila kami dapat order tidak halal kami boleh cancel tetapi apabila kerap sangat cancel order, rating kami akan jatuh dan id kami akan digantung. Adakah pekerjaan kami ini haram, dan kami dah tak boleh kerja dah?

Abu Lahab Dan Kisah Kematiannya

Abu Lahab, sosok yang kacak dan popular di zaman Rasulullah SAW, yang mempunyai empayar perniagaan, akhirnya mati dalam kerugian, amalnya tersia-sia kerana usahanya yang bersungguh dalam menentang agama Allah SWT dan menentang dakwah Rasulullah SAW semasa hidupnya. Harta yang dibanggakannya tidak dapat menolongnya dan tidak pula dapat menolong dirinya. Ikuti kisah kematiannya yang sangat hina.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Nisfu Syaaban, Persiapan Menyambut Ramadan

Hari ini kita telah memasuki hari yang ke-15 Syaaban. Inilah hari yang dikenali sebagai Nisfu Syaaban. Ini bermakna, berbaki dua minggu sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Menurut Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, malam dan siang hari Nisfu Syaaban merupakan dua waktu yang mempunyai kelebihan. Kita digalakkan untuk menghidupkan malam dan siang hari ini dengan ibadah.

Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

Kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit namun amalan tertentu pada malam tersebut adalah tidak ada sama sekali melainkan amalan yang bersifat umum seperti memperbanyakkan zikir, istighfar kepada Allah SWT, solat-solat sunat, berdoa, bersedekah dan lain-lain lagi.

Nafkah Anak Yatim Tanggungjawab Siapa? 

Saya telah kematian suami 6 tahun yang lalu dan saya mempunyai seorang anak bersamanya. Keluarga mertua arwah suami saya masih ada, termasuk ibu dan bapa mertua. Saya juga telah berkahwin lain pada 3 tahun yang lepas dan mempunyai seorang anak. Siapakah yang bertanggungjawab menafkahi anak sulung saya? Adakah dia tanggungjawab suami baharu, datuk atau bapak saudara terdekatnya?

Teks Khutbah Jumaat (WP): Pembelaan Palestin, Menuntut Prihatin

Gencatan senjata telah menyaksikan hampir 2 juta penduduk Palestin sudah mula bergerak ke utara Gaza, pulang ke kediaman mereka yang sudah musnah dibedil rejim Zionis. Sesungguhnya mereka perlukan bantuan dan sokongan untuk bangkit semula meneruskan kehidupan, sedang ia tawaran besar daripada Allah SWT buat kita semua. Malu kita di hadapan Allah apabila saudara-saudara kita dizalimi sedemikian rupa tanpa kita dapat melakukan apa-apa. Diulit keamanan dan keselesaan usahlah kita lupa pada saudara kita di sana. Kerana sesungguhnya kita punya tanggungjawab untuk membantu dan membela saudara seagama. Tuntutan ukhuwah Islamiah tidak pernah mengenal batas-batas negara dan bangsa.

Blog at WordPress.com.

Up ↑