Bila bercerita tentang sarapan sate, memang terus teringat bandar Maharani di Johor Darul Takzim. Tetapi, kali ini mymuslimin tidak perlu pandu jauh ke selatan kerana Sate 7 Pagi menyediakan menu hidangan Johor beraneka pilihan hanya beberapa kilometer sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur.