Dalam dunia sekarang yang mana kebanyakan isteri memiliki pendapatan yang lebih tinggi dari suami, walaupun dikatakan nafkah sudah terlaksana oleh suami, bagi isteri hak tersebut belum terlunas sepenuhnya dan ini menyebabkan penceraian. Sekiranya nafkah itu adalah hak isteri, mengapa pelaksanaannya mengikut kemampuan suami dan bukan mengikut kebiasaan kehendak dan keperluan isteri?
Hukum Nafkah Pasangan Yang Berniaga Berkongsi Keuntungan
Keuntungan berniaga untuk bayar rumah, bil, barang dapur dan lain-lain keperluan. Selebihnya kami bahagikan sama rata. Jadi perlukah lagi saya memberikan nafkah duit kepada isteri? Saya rasa terbeban, sebab nak buat simpanan sendiri lagi dan nak hulurkan kepada ibu bapa di kampung. Wajibkah lagi saya memberi nafkah wang kepada isteri?Jika isteri tidak reda macam mana?