Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa darah itu merupakan salah satu najis, dan wajib mencucinya terlebih dahulu sebelum melakukan solat, sekiranya tidak maka solatnya adalah tidak sah. Kenajisan darah itu telah tsabit dalilnya di dalam al-Quran. Jadi bagaimana menentukan kenajisan darah dan bagaimana menguruskannya?