Kesabaran amat penting di saat manusia makin jauh dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Kita juga perlulah menjaga nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi pada hari ini kerana ia adalah daripada usaha keras para sahabat dan golongan selepas daripada mereka bagi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini.
Adakah Berlaku Rujuk Dengan Persetubuhan?
Dalam tempoh iddah talak 1, adakah jika berlaku persetubuhan antara suami isteri dikira sah rujuk semula? Jika semua aksi pemanasan atau foreplay tetapi tidak bersetubuh, adakah dikira sah rujuk itu?
Fadhilat Surah Al-Kahfi
Mengapa amalan bacaan Al-Kahfi di setiap jumaat atau bacaan Al-Kahfi 10 ayat awal atau akhir setiap hari masih gagal untuk hindarkan diri dari fitnah lebih-lebih lagi di media sosial. Saya risau jika ada fitnah yang boleh buatkan saya terpedaya dengan membaca atau berkongsi sesuatu, bagaimana mungkin saya boleh lepas dari fitnah terbesar dunia fitnah Dajjal. Apa halangan yang buatkan amalan itu tidak sempurna?
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Amal Yang Setia Menunggu
Apabila kita mati dan meninggalkan dunia ini, maka kita tidak mengambil walau sedikit pun manfaat dari keluarga dan harta kecuali doa keluarga bagi kita. Maka, seberapa sediakah kita menghadapi sakaratul maut yang menyakitkan? Seberapa sediakah kita menghadapi soalan Munkar Nakir di alam kubur? Dan seberapa sediakah kita menjalani perbicaraan di hadapan Allah SWT yang Maha Adil?
Hukum Mendengar Khutbah Jumaat Di Rumah
Jika khutbah Jumaat boleh didengari dari rumah saya, apakah hukumnya jika saya mendengar khutbah dari rumah sahaja, dan hanya pergi ke masjid apabila tiba waktu solat?
Was-Was: Cara Penyelesaiannya
Syaitan akan membisikkan bisikan ke dalam hati-hati anak Adam ketika anak Adam berada dalam keadaan sedih dan gembira. Jika manusia itu berjaya untuk mengingati Tuhannya, maka syaitan itu akan menjauhinya.
Hukum Berzikir Selepas Solat Secara Jahar (Kuat)
Benarkah dalam mazhab Syafi’i terdapat larangan untuk berzikir selepas solat dengan kuat?
Bolehkah Solat Di Dalam Air Ketika Banjir?
Jika saya dalam situasi banjir dan sukar untuk mencari kawasan yang tidak tenggelam di kediaman saya, adakah saya perlu solat secara sempurna iaitu sujud dan rukuk seperti biasa meskipun dalam banjir atau bagaimana?
Kelebihan Zikir Tasbih (سُبْحَانَ الله)
Dapatkan Kelebihan Zikir Tasbih (سُبْحَانَ الله), kalimah yang paling dikasihi di sisi Allah SWT.
Apakah Status Hadith “Niat Seorang Mukmin Lebih Baik Daripada Amalannya”?
Dapatkan status hadith dan fiqh al-hadith yang boleh dikeluarkan daripada hadith ini.
Sujud Kepada Suami: Adakah Hadith Ini Sahih?
“Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)]
Hukum Makmum Terputus Daripada Mendengar Suara Imam Ketika Sedang Solat
Jika kita terputus daripada mendengar suara imam ketika sedang solat berjemaah, apakah yang perlu dilakukan? Jika itu solat Jumaat dan makmum memilih untuk mufaraqah, adakah perlu diganti dengan solat Zohor dengan ditambah dua rakaat atau bagaimana?
ASMAUL HUSNA – AL-TAUWAB (Yang Maha Menerima Taubat)
Sifat Allah SWT yang Maha Menerima Taubat itu sememangnya sangat baik untuk dicontohi oleh manusia sebagai hamba-Nya. Kalau orang meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan kepada kita, maka permohonan maaf itu mestilah diterima dan dimaafkan segala kesalahannya.
8 Kesan Buruk Hasad Dengki
Hasad dengki ini ialah perasaan buruk yang wujud di dalam hati manusia kerana rasa permusuhan dan kebencian. Dia tidak merasa bahawa berbaik-baik sesama manusia dan sayang-menyayang dengan saudara seislam adalah keperluan bagi kekuatan ummah. Orang-orang ini tidak gemar untuk menyumbang kebajikan kepada orang lain ataupun mendengar kebahagiaan yang dimiliki oleh saudaranya (seislam).
7 Kehebatan Berlapar!
Tempat terbitnya kesemua penyakit ialah perut. Oleh itu, baginda Rasulullah SAW mengutamakan untuk berlapar. Berlapar mempunyai faedah yang banyak dan kesemua faedah tersebut dapat disimpulkan kepada 7 perkara.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bahaya Ancaman Ateis
Fahaman Ateis bertitik tolak dari kegagalan untuk mengenali Allah SWT sebagai Pencipta alam. Ada yang mendapat sedikit pendedahan tentang agama tetapi kerana tidak menambah ilmu, mereka hanya mengkaji sendiri lalu membuat kesimpulan mudah bahawa Allah SWT, alam ghaib dan akhirat tidak pernah wujud. Fahaman Ateis sangat merbahaya dan fahaman ini terus berkembang sehingga hari ini. Oleh itu umat Islam hendaklah mempelajari agama Islam dengan sempurna dan tidak berhenti menuntut ilmu dan perlu cakna dengan perkembangan pemikiran menyeleweng terutama dalam media atas talian.
Adakah Boleh Melihat Gambar Aurat Selagi Tidak Menimbulkan Fitnah?
Benarkah ada ulama yang berpendapat tidak haram tengok gambar aurat selagi tidak menimbulkan fitnah?