Dari segi sejarah, kemunculan Khawarij berkait rapat dengan suasana ketidakstabilan politik yang berlaku dalam kalangan umat Islam pada penghujung zaman Khulafa al-Rasyidin. Namun, terdapat banyak nas-nas syarak dan hadis yang menunjukkan bahawa kelompok Khawarij akan terus wujud hingga ke akhir zaman. Jika Khawarij terdahulu berpegang kepada doktrin mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar, tetapi pada hari ini wujud mereka yang mengkafirkan sesama Islam hanya kerana dosa-dosa kecil atau khilaf di dalam perkara-perkara furu’ agama atau berbeza pendekatan dalam isu politik.
Bolehkah Orang Yang Belum Menunaikan Haji Memberi Tajaan Kepada Orang Lain Mengerjakan Haji?
Adakah boleh orang yang belum mengerjakan haji untuk dirinya memberi tajaan seperti wang perbelanjaan kepada orang lain untuk mengerjakan haji?
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Bangkit Bersama Iman, Menuju Redha Ar-Rahman
Hari ini, kita hidup dalam zaman yang penuh fitnah dan mencabar. Kita berhadapan dengan pelbagai cabaran sosial yang menggugat iman dan akhlak umat. Lantas, nasihati antara satu sama lain dan bimbinglah mereka yang telah tergelincir untuk masuk semula ke landasan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Noktahkan Normalisasi Maksiat
Apabila lisan biasa memaki hamun, mata atau telinga selalu melihat yang haram, lama-kelamaan akan tercabut rasa bersalah. Malah kadangkala menimbulkan ketagihan pada dosa sehingga sukar ditinggalkan. Solusi kepada normalisasi dosa hanyalah dapat dibasmi dengan normalisasi pahala. Biarlah trend yang tular adalah perkara berpahala dan bermanfaat.
Halusinasi: Pandangan Para Ulama
Marilah kita berkenalan dengan penyakit halusinasi yang juga dikenali sebagai skizofrenia. Dengan kata lain ia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan sehingga menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan di antara alam realiti dan alam fantasi. Tulisan ini melihat penyakit halusinasi dari sudut pandang para ulama.
Bolehkah Tidak Menghalalkan Pemberian Yang Sudah Diberi?
Jika seseorang pernah memberi sejumlah duit dengan ikhlas sedekah untuk membantu tetapi apabila timbul salah faham, dia marah dan mengungkit semula pemberiannya serta tidak menghalalkan duit dan apa-apa makan yang dia pernah tanggung dahulu. Adakah perlu membayar semula duit dan kos makan minum yang tidak dihalalkan itu?
Kaedah Dan Peringkat Pengeluaran Fatwa
Institusi fatwa merupakan suatu badan yang berperanan dan berautoriti dalam mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan isu-isu serta permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam. Ini merupakan garis panduan dan prosedur bagi pengeluaran sesuatu fatwa yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Psikologi Gelap Dan 9 Taktik Manipulasi Psikologi
Psikologi Gelap merujuk kepada kajian dan penggunaan prinsip psikologi untuk memanipulasi, mempengaruhi atau mengawal orang dengan cara yang negatif dan memudaratkan. Mari kenali beberapa Taktik Manipulasi Psikologi seperti paltering, gaslighting, negging, love bombing dan sebagainya.
Hukum Memberi ‘Rating’ Dan ‘Review’ Barang Yang Belum Digunakan Untuk Mendapatkan Ganjaran
Ramai pelanggan di Shopee yang terus memberi ‘review’ dan ‘rating’ sebaik sahaja menerima barang yang dibeli untuk mendapatkan sejumlah ‘coins’ walaupun belum menggunakan produk tersebut dan memeriksa kualitinya. Apakah hukum perbuatan ini?
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Lisan Yang Berhikmah
Lisan kita merupakan anugerah Allah SWT yang sangat berharga. Dengannya, kita mampu mengucapkan kalimah syahadah, berzikir, menyampaikan ilmu dan kebenaran. Namun pada masa yang sama, lisan juga boleh menjadi punca kehancuran diri sendiri dan orang lain.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Solat Azimat Keramat
Solat menjadi tonggak utama kepada seluruh ibadah lain dan mesti dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Solat bukan sekadar kewajipan dan tanggungjawab, ianya penguat jiwa insan dalam menghadapi cabaran kehidupan. Namun, amat menyedihkan apabila masih ramai dalam kalangan umat Islam yang mengabaikan solat atau mendirikannya secara sambil lewa, tanpa ilmu dan tidak sempurna.
6 Cara Menyekat ‘Overthinking’
‘Overthinking’ ialah keadaan di mana seseorang kerap berfikir secara berlebih-lebihan sehingga mengganggu kehidupan. Cuba 6 cara untuk menyekat ‘overthinking’.
Hukum Mewakafkan Harta Pusaka Sebelum Pembahagian
Bolehkah saya mewakafkan harta pusaka ayah saya sebelum dibahagikan harta tersebut kepada ahli waris yang lain?
Hobi Menyimpan Koleksi Kereta Hot Wheels
Suami saya menyimpan koleksi kereta Hot Wheels untuk hiasan sahaja. Anak-anak tidak bermain dengan koleksi beliau. Apakah hukum hobi beliau ini?
7 Cara Untuk Mencegah “Reput Otak”
Tabiat scrolling media sosial ini walaupun kelihatan tidak berbahaya namun ia boleh menyumbang kepada masalah 'reput otak' iaitu kemerosotan keadaan mental atau intelek seseorang akibat daripada penggunaan berlebihan konten-konten remeh. Lakukan amalan yang boleh membantu mengekalkan kesihatan minda dan otak kita untuk jangkamasa yang lama.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Syawal Dirai, Ukhuwah Dipeduli
Memeriahkan sambutan Syawal memberikan kita peluang yang besar untuk memperkukuhkan silaturahim bersama keluarga, jiran tetangga, dan rakan taulan. Oleh itu, sambutan secara berperingkat dalam tempoh sebulan ini selari dengan semangat Islam yang meraikan kepelbagaian dan memudahkan urusan umatnya.
6 Hak Sesama Muslim: Jangan Ambil Mudah
Islam adalah sebuah agama yang amat menitikberatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang sesama Muslim. Malangnya, kebelakangan ini ketaksuban politik membawa ramai umat Islam untuk memusuhi umat Islam yang lain dan perkara ini sangat bercanggah dengan saranan Islam kepada penganutnya.
Hukum Pertaruhan Yang Tidak Melibatkan Dua Pihak
Jika kawan saya membuat pertaruhan seumpama: “kalau kamu menang aku akan bagi kamu hadiah tapi kalau kamu tak menang tak dapat apa-apa”, apakah hukumnya?
Bolehkah Menyambut Hari Raya Selama Sebulan Syawal?
Saya pernah mendengar bahawa ada seorang ustaz memberitahu hari raya Aidilfitri hanyalah sehari. Orang Melayu sahaja yang menyambut hari raya sehingga sebulan. Betulkah kenyataan ini?
Penentuan Air Liur Dari Perut Atau Mulut?
Saya pernah tertidur ketika masih memakai telekung selepas solat. Apabila sedar, ada air liur pada bahagian luar mulut yang terkena pada telekung. Jadi saya tidak dapat memastikan sama ada ianya dari perut atau mulut. Jadi adakah air liur itu najis dan saya perlu membasuh telekung tersebut?