Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Makanan Di Neraka 

Apabila disebut “neraka”, kita terus tergambar keadaan yang mengerikan dan seksaan yang teramat pedih. Neraka, dengan pelbagai macam seksa di dalamnya semakin terbayang mengerikan apabila kita mengetahui makanan-makanan yang disediakan untuk penghuninya berupa makanan dan minuman yang amat menjijikkan dan semakin menambah pedihnya seksa. Apakah makanan dan minuman yang disediakan di neraka nanti? 

Penglibatan Keluarga Dalam Konflik Rumahtangga

Seorang suami telah curang dan kemudiannya mengaku insaf. Namun, keluarga isteri kerap masuk campur dan membesarkan isu tersebut sehingga mengugut untuk membelasah dan memukul suami tersebut.  Apakah cadangan agar kami pihak keluarga suami dapat menyelesaikan masalah ini? 

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bahaya Ancaman Ateis

Fahaman Ateis bertitik tolak dari kegagalan untuk mengenali Allah SWT sebagai Pencipta alam. Ada yang mendapat sedikit pendedahan tentang agama tetapi kerana tidak menambah ilmu, mereka hanya mengkaji sendiri lalu membuat kesimpulan mudah bahawa Allah SWT, alam ghaib dan akhirat tidak pernah wujud. Fahaman Ateis sangat merbahaya dan fahaman ini terus berkembang sehingga hari ini.  Oleh itu umat Islam hendaklah mempelajari agama Islam dengan sempurna dan tidak berhenti menuntut ilmu dan perlu cakna dengan perkembangan pemikiran menyeleweng terutama dalam media atas talian.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Imam Mahdi: Antara Kebenaran Dan Penyelewengan

Kita perlu mengenal pasti perbezaan antara tanda-tanda yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dengan pengakuan palsu dan karut individu atau kelompok tertentu berhubung dakwaan Imam Mahdi sehingga sanggup membuat takwilan yang tidak berasas dengan mengaitkannya dengan bangsa Melayu serta mentakwilkan hadis sesuka hati untuk menyokong dakwaan yang dikeluarkan, walaupun ianya jelas menyeleweng dari tafsiran muktabar dalam kalangan ulama. 

Mengapa Penentuan Kadar Nafkah Mengikut Kemampuan Suami

Dalam dunia sekarang yang mana kebanyakan isteri memiliki pendapatan yang lebih tinggi dari suami, walaupun dikatakan nafkah sudah terlaksana oleh suami, bagi isteri hak tersebut belum terlunas sepenuhnya dan ini menyebabkan penceraian. Sekiranya nafkah itu adalah hak isteri, mengapa pelaksanaannya mengikut kemampuan suami dan bukan mengikut kebiasaan kehendak dan keperluan isteri?

Memelihara Aib Pasangan Suami Isteri Setelah Bercerai

Baru-baru ini, tular kisah perceraian pasangan selebriti yang mana ia telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif kepada masyarakat apabila aib pasangan tersebut diwar-warkan secara terbuka. Demikian itu, pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan tampil untuk memberikan penjelasan hukum berhubung isu ini.

Teks Khutbah Jumaat: Kukuhkan Ikatan Perkahwinan, Elakkan Perceraian

Perkahwinan merupakan suatu ibadah dalam Islam. Ia juga merupakan satu ikatan perjanjian yang diikat oleh Allah SWT antara seorang lelaki (suami) dengan seorang perempuan (isteri). Pimpin dan bimbinglah keluarga kita ke jalan yang diredai Allah SWT agar bersama-sama mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta perkahwinan yang diimpikan iaitu sakinah, mawaddah dan rahmah. 

Hukum Nafkah Pasangan Yang Berniaga Berkongsi Keuntungan

Keuntungan berniaga untuk bayar rumah, bil, barang dapur dan lain-lain keperluan. Selebihnya kami bahagikan sama rata. Jadi perlukah lagi saya memberikan nafkah duit kepada isteri? Saya rasa terbeban, sebab nak buat simpanan sendiri lagi dan nak hulurkan kepada ibu bapa di kampung. Wajibkah lagi saya memberi nafkah wang kepada isteri?Jika isteri tidak reda macam mana? 

Blog at WordPress.com.

Up ↑