Manusia toksik adalah individu yang sering membawa aura negatif dalam perhubungan — suka memanipulasi, menghakimi, mementingkan diri, dan sukar diajak berbincang. Mari kenali 6 jenis perangai toksik yang perlu kita jauhi.
6 Tanda Anda Sedang Berada di Dalam Perhubungan Toksik
Kadang-kadang kita pelik apabila melihat perkahwinan yang tidak bahagia tetapi kedua pasangan masih kekal bersama walaupun bertengkarnya dua puluh empat jam, berselisih fahamnya sudah bertahun, bermasam muka tiada keserasian sentiasa. Ini kerana, mereka sedang berada dalam perhubungan toksik tetapi keduanya tidak mencari jalan keluar dan membiarkan diri terseksa.