Kita kini berada di ambang bulan Zulhijjah, bulan yang penuh dengan keutamaan dan keberkatan. Secara khusus, 10 hari pertama bulan ini memiliki kedudukan yang sangat istimewa di sisi Allah SWT. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula amalan padanya lebih dicintai oleh-Nya daripada hari-hari yang sepuluh ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Oleh itu, perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid.”
Fadhilat 10 Hari Pertama Zulhijjah
Antara hari-hari yang diberkati, selain daripada sepuluh malam terakhir Ramadhan yang terkenal, adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Nabi Muhammad SAW sangat menitikberatkan kepentingan dan kelebihan hari-hari ini dengan mengatakan bahawa tiada hari yang lebih besar dan lebih dicintai Allah SWT daripada sepuluh hari Zulhijjah ini.
The Way of Our Father, with Sheikh Belal Assaad
Journey through the life of the great prophet Ibrahim (Alaihi Assalam) in this month of Zuljihah together with Sheikh Belal Assaad.