Lelaki, Tundukkan Pandanganmu!

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sekumpulan lelaki bergambar sambil memeluk pelayan wanita di sebuah kedai makan di Terengganu. Ramai yang menyalahkan pihak lelaki yang tidak pandai mengawal diri dan tidak kurang juga yang menuding jari kepada wanita yang tidak pandai membawa diri. 

Puasa Hari Arafah

Hari Arafah tahun ini jatuh pada hari Sabtu 9 Zulhijjah bersamaan dengan 9 Julai 2022. Semoga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa di Hari Arafah dan memperoleh segala kebaikan yang dijanjikan. Insya Allah.

Kenali Masjid Omar Ali Saifuddien

Beberapa tahun yang lalu, tim mymuslimin berkesempatan berkunjung ke negara Brunei Darussalam dan melihat sendiri keindahan Masjid Omar Ali Saifuddien yang terletak di sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan. Masjid yang boleh memuatkan lebih 3,000 jemaah semestinya menjadi tarikan para pelancong kerana senibinanya yang sangat unik dan menawan. Dinamakan sempena Sultan Brunei... Continue Reading →

Selamat Datang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamualaikum dan selamat datang ke mymuslimin.com  Laman web dwi-bahasa ini merupakan usaha kecil kami untuk berkongsi dan menyebarkan info, ilmu dan maklumat bermanfaat khasnya buat kaum Adam dalam sama-sama kita memperkasakan diri dan mengejar kehidupan yang lebih akhirat-centric. Insya Allah, kami akan bawakan pengisian yang merangkumi tip dan panduan amalan, renungan harian,... Continue Reading →

Doa Memulakan Hari di Waktu Pagi

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa “Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezki yang baik, dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah) Antara doa yang diamalkan setiap hari oleh Rasullullah SAW.

Doa Keluar Rumah

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah "Dengan nama Allah aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah." (HR. Tirmidzi dari Anas bin Malik).

Blog at WordPress.com.

Up ↑