Sesungguhnya segala makhluk yang bernyawa pasti akan merasakan maut (kematian), Maut itu datang kepada sesiapa sahaja dan tidak memilih samada seseorang yang beriman atau kafir, seorang nabi atau rasul, bahkan kelak para malaikat juga akan berhadapan dengan maut dan Malaikat yang bertugas menjemput maut atau mencabut roh adalah Malaikat Izrail AS.
18. ASMAUL HUSNA – AR-RAZZAK (Yang Maha Memberi Rezeki)
Pengertian rezeki itu luas, keperluan manusia untuk hidup itu sentiasa berhajatkan rezeki dan nikmat Allah SWT bagi memenuhi ruang-ruang hayatnya. Manusia hidup bukan sekadar dengan minuman dan makanan.