Khutbah Jumaat minggu ini bertajuk “Wilayah Sejahtera, Masyarakat Bahagia” sempena Hari Wilayah Persekutuan, yang bertemakan “Wilayah Persekutuan Untuk Semua” bertujuan memberi aspirasi kepada semua dengan membawa imej komuniti bandar madani yang sarat nilai perpaduan, kesefahaman dan kekitaan di samping melambangkan nilai muafakat yang didokong oleh semua warga tanpa mengira latar bangsa, kaum dan agama.