Sebesar-Besar Keaiban
Ramai dalam kalangan manusia yang tidak memandang dan memerhatikan kekurangan dan keburukan yang ada dalam diri sendiri. Bahkan, mereka selalu menghitung dan mengira keburukan orang lain. Hindarkanlah diri kerana inilah sebesar-besar keaiban.