Sebesar-Besar Keaiban

Memandang dan Menyelidiki Keburukan Orang Lain

Ramai dalam kalangan manusia yang tidak memandang dan memerhatikan kekurangan dan keburukan yang ada dalam diri sendiri. Bahkan, mereka selalu menghitung dan mengira keburukan orang lain. 

Pantang sahaja melihat kekurangan dan keburukan orang lain, terus sahaja diperkatakan dan disebarkan. Contohnya, kadangkala kita dapat melihat individu yang  tidak menghormati dan tidak menilai hak orang lain. Menjadikan hak ataupun ganjaran orang lain bagi menghimpun harta sendiri ataupun melambatkan dan mengurangkan dalam memberi hak, ganjaran, balasan, ataupun gaji kepada orang yang sudah bersusah payah untuk semua itu. 

Lebih buruk lagi, mereka tidak memberi langsung hak ganjaran kepada pemiliknya.

Individu seperti ini, di samping tidak menghormati hak orang lain, dia juga tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan tidak menepati janji-janji yang diberikan kepada orang lain. Tetapi, apabila sekali sahaja dia dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik seperti dapat memberi ganjaran, gaji, dan balasan kepada orang lain tepat pada waktunya, maka jeritan dan laungan dengan kejayaan itu akan sampai ke langit. Malah, dia mencari, membuka, dan memperkatakan segala keaiban, kekurangan, dan keburukan orang lain.

Larangan Menceritakan Aib Orang Lain

Saidina Ali r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. memberitahu,

“Sebesar-besar keburukan apabila kamu melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain, sedangkan keburukan dan kekurangan yang kamu cemuh dan cela ada dalam diri kamu sendiri.”

Hadith ini bukan bermaksud, apabila kita mendapati kekurangan dalam diri orang lain, kita juga menyamakan diri kita dengan diri orang yang mempunyai kekurangan itu.

Maksud hadith ini adalah, cukup untuk kita tidak menceritakan keburukan orang lain kepada orang ramai dan cuba memperelok dan memperbaiki diri sendiri apabila keburukan itu ada dalam diri kita. Ini kerana, keburukan yang ada dalam diri orang lain tidak menyenangkan kita. Begitu juga dengan keburukan yang ada dalam diri kita, juga tidak menyenangkan orang lain.

Sumber: 30 Wasiat Imam Syafi’i oleh Khairul Ghazali

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: