Flower Power at Royal Floria Putrajaya 2022

Putrajaya Floria or the Royal Floria Putrajaya 2022 is Malaysia’s leading annual flower and garden festival and is taking place again this year over 7 days from 29th August - 4th September 2022. Orchids are going to be the stars of the show this year along with previous favourites such as Bonsai, Bromeliad, Hibiscus, Heliconia, Rose, Bougainvillea, Begonia, Lily and Chrysanthemum. It promises to be a sweet-smelling event and should not be missed!

17 Hikmah Ujian

Ringkasan “Hikmah Ujian” oleh salah seorang ulama hebat Islam: Sultan al-Ulema al-Izz ibn Abd al-Salam (RA). Ini sebagai peringatan kepada kita tentang sikap kita apabila berdepan dengan ujian, dugaan dan kesusahan. 

5 Penyebab Doa Tidak Terkabul

Ketika Ibrahim bin Adham, seorang ulama Salaf terkenal berada di Basrah, Iraq, beberapa orang penduduknya datang bertanya kepadanya kerana beliau dikenali sebagai orang soleh. Kata mereka, Allah SWT telah berfirman dalam Surah Ghafir (40: 60) yang bermaksud “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” Namun, kami telah berdoa tetapi kami tidak terlihat hasilnya, kami tidak melihat doa kami dikabulkan oleh-Nya. Dia menjawab, “Itu kerana hatimu mati”. Allah SWT hanya menyeru orang yang hidup. Ini lima penyebab doa seseorang tidak terkabul menurut Ibrahim bin Adham.

LENSA MYMUSLIMIN – Masjid Seribu Selawat @ Masjid Terapung @ Masjid Al-Badr, Pulau Pangkor

Kali ini Lensa Mymuslimin singgah ke Masjid Al-Badr atau dikenali sebagai Masjid Terapung atau Masjid Seribu Selawat yang terletak di Kampung Teluk Bharu, Pulau Pangkor, Perak. Masjid ini dibina di atas air laut dan masjid ini merupakan masjid terapung pertama yang dibina di Perak. Dinding-dinding masjid ini dipenuhi dengan ukiran 1,000 selawat di bahagian dalam mahupun di luar masjid. Masjid yang mampu memuatkan seramai 1,500 orang dalam satu masa ini telah dirasmikan pada 8 Jun 2017.

Jangan Letih Berdoa

Umar b. al-Khattab (RA) berkata: "Aku tidak gusar sama ada doa aku akan diterima, tetapi aku risau sama ada aku boleh berdoa atau tidak. Jadi, jika aku telah dibimbing (oleh Allah SWT) untuk berdoa, jadi (aku tahu) bahawa ianya (doa) akan dijawab."

Awasi Scammer Menggunakan Nama Tabung Haji

Kejadian penipuan terhadap orang ramai (scam) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kini semakin menjadi-jadi. Menurut laporan, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan bagi tahun 2022 sehingga Julai lalu sahaja, adalah sebanyak 13,137 kes, dengan jumlah keseluruhan kerugian yang dicatatkan melebihi RM427 juta.

Hujan Yang Turun – Rahmat atau Azab?

Kita di Malaysia ini dikurniakan dengan taburan hujan yang banyak sepanjang tahun. Hujan yang diturunkan ini kadangkalanya ialah rahmat dari yang Maha Esa dan ada kalanya sebagai peringatan kepada kita tentang dosa yang telah kita lakukan. Sebagai orang Islam, kita dituntut untuk berdoa ketika hujan turun agar kita dirahmati oleh-Nya dan dijauhi daripada segala bahaya dan bencana.

Muslimin, Elakkan 4 Perkara Ini

Dalam buku Don’t Be Sad, Dr A’id Al-Qarni menyenaraikan 4 perkara yang hanya akan membawa kesengsaraan ke dalam hati manusia jika dilakukan. Renungkan 4 perkara ini dan berazamlah untuk tidak melakukannya. Ianya tidaklah sesukar mana, yang penting tekad kita. 

“Bukan Adik Yang Buat!” – Pentingnya Memupuk Budaya Kebertanggungjawaban dalam Keluarga

Apabila ada masalah dalam keluarga, soalan pertama yang diajukan kebanyakan ibu bapa ialah, "Siapa yang buat ni?" Ia kemudiannya diikuti dengan siri kata-kata kasar dan tingkahlaku yang tidak rasional. Apabila keadaan tidak menyebelahi mereka, ramai ibu bapa akan "menyalahkan" dan mula mencari “pesalah”. Mujurlah kita boleh memperbaiki keadaan ini dengan mewujudkan budaya kebertanggungjawaban di rumah.

Kenali Masjid Kampung Hulu, Melaka

Dibina pada tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Bandar Hilir, Melaka yang berusia menginjak 300 tahun ini merupakan masjid ketiga tertua di Semenanjung Malaysia. Masih digunakan sehingga hari ini, ianya juga terletak di lokasi asal yang dikelilingi peniaga masyarakat Cina.

Blog at WordPress.com.

Up ↑