Kenali Masjid Kampung Hulu, Melaka

Dibina pada tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Bandar Hilir, Melaka yang berusia menginjak 300 tahun ini merupakan masjid ketiga tertua di Semenanjung Malaysia. Masih digunakan sehingga hari ini, ianya juga terletak di lokasi asal yang dikelilingi peniaga masyarakat Cina.

Pintu masuk masjid

Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda yang lebih terbuka kepada agama lain, berbeza dengan penjajah Portugis.

Gabungan reka bina Cina dan Melayu

Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka. Dato’ Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.

Kolah air masjid yang masih digunapakai untuk berwudhu

Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai dari kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri seni reka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh reka bentuk pagoda orang Cina.

Masjid yang hampir 300 tahun ini masih gah dan dimakmurkan penduduk tempatan

Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semula jadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat.

Sumber: Wikipedia

One thought on “Kenali Masjid Kampung Hulu, Melaka

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: