Adakah Roh Pulang ke Rumah di Malam 7 Likur Ramadan?

Sambutan Malam 7 Likur di bulan Ramadan sudah menjadi tradisi di kalangan orang Melayu di seluruh negara. Di malam ini, pelita-pelita dipasang di keliling rumah dan dimeriahkan lagi dengan aktiviti seperti mengacau dodol, wajik, bermain bunga api dan sebagainya.  Masalahnya apabila ada yang mengaitkan Malam 7 Likur ini dengan kembalinya roh si mati ke rumah untuk menjengah ahli keluarga. Baca penjelasan Pejabat Mufti tentang perkara ini.

Masa Untuk “Upgrade” Puasa Kita

Bila umur telah pun bertambah, puasa di bulan Ramadan, bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga. Dengarkan sedutan Tazkirah Jumaat ini Oleh Ustaz Mohd Hasnol di Masjid Talhah Bin Ubaidillah, Alam Sutera, Bukit Jalil.

Isu Perceraian Selebriti – Orang Awam Tidak Perlu Komen

Oleh kerana tahun 2023 ini telah dipanaskan oleh kisah permohonan cerai selebriti-selebriti yang tular di media sosial dan telah menjadi perbualan orang awam tidak kira masa, ketika dan gaya bahasa, adalah pentingnya kita kembali kepada saranan Islam tentang menjaga adab-adab dalam menangani krisis rumahtangga. 

Petanda Lailatulqadar Serta Doanya

Allah SWT yang Maha Pemurah mengurniakan Lailatulqadar kepada manusia di dalam bulan Ramadan. Malam ini tentu sekali ditunggu-tunggu oleh semua muslimin dan muslimat, tetapi hakikatnya tiada siapa pun yang tahu secara tepatnya bila jatuhnya Lailatulqadar. Namun, menurut para ulama, ada petanda yang boleh diketahui oleh sebahagian hamba Allah SWT yang terpilih dengan keizinan-Nya.

Menyingkap Hikmat Kenyang dan Lapar

Suatu hari Rasulullah S.A.W telah dikunjungi oleh malaikat Jibrail, membawa tawaran dari Allah S.W.T untuk menukarkan semua bukit-bukit batu di sekitar Mekah menjadi bukit emas. Rasulullah S.A.W ketika mendengar tawaran itu menjelaskan sikapnya kepada Malaikat Jibrail itu melalui doanya yang bermaksud...

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑