Hujan Yang Turun – Rahmat atau Azab?

Oleh: mymuslimin.com

Allah menurunkan hujan kepada makhluk-makhluk-Nya sebagai salah satu nikmat. Firman Allah SWT dalam surah Asy-Syura ayat 28 menerangkan: 

“Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata. Dan (ingatlah) bahawa Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji.”

Namun begitu hujan juga merupakan salah satu jenis azab yang Allah SWT turunkan kepada hamba-hambanya seperti firman Allah SWT dalam Surah al-’Araf ayat 84 yang bermaksud:

Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Demikian itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.”

Saidatina Ai’sya (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika melihat hujan akan berdoa:  

Dan ketika hujan menjadi semakin lebat dan membahayakan, kita disarankan membaca doa ini: 

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang hujan. Rasulullah SAW menghargai hujan dan pada masa yang sama gusar jika Allah SWT menurunkan bala dan azab melaluinya. Salah satunya Anas menceritakan bagaimana Rasulullah bersyukur apabila turunnya hujan dengan merasai hujan itu dengan tubuh Baginda. 

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, “Hujan turun membasahi kami (para sahabat) dan Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w membuka bajunya, sehingga hujan menyirami Baginda, maka kami bertanya, “Wahai Rasulullah untuk apa engkau berbuat seperti ini?” Baginda menjawab, “Kerana sesungguhnya hujan ini baru saja Allah Taala ciptakan.” [HR Muslim] 

Hujan merupakan rahmat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang sering memerlukan air untuk hidup dan di dalam kehidupan. 

Namun, dalam pada masa yang sama, tatkala hujan menjadi lebat dan boleh menyebabkan malapetaka seperti banjir, kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT dan bukannya mengeluh, mencaci dan membenci hujan, angin dan seumpamanya. 

Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang mengutuk angin, lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:  

“Janganlah kamu mencela angin, sesungguhnya angin hanya menurut perintah-Nya. Sesiapa yang mencela sesuatu sedangkan ia tidak berhak terhadap celaan tersebut, laknat itu akan kembali kepadanya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi) 

Dalam kegusaran kita, terkadang kita tidak sedar yang kita sedang mencela kejadian Allah SWT. 

Ingatlah untuk memperbanyakkan berdoa ketika mendengar guruh dan petir di langit sepertimana doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW: 

Imam al-Nawawi berkata bahawa disunatkan bagi orang yang mendengar guruh (petir) agar mengucapkan tasbih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatta’ dengan sanad yang sahih. 

Jangan dibiarkan hujan itu berlalu pergi tanpa kita memanfaatkannya dengan memohon doa kepada Allah SWT kerana doa di waktu hujan ialah antara masa yang mustajab sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi SAW. 

Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 

“Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.” [Riwayat al-Hakim (2534)]

Kita di Malaysia ini dikurniakan dengan taburan hujan yang banyak sepanjang tahun. Hujan yang diturunkan ini kadangkalanya ialah rahmat dari yang Maha Esa dan ada kalanya sebagai peringatan kepada kita tentang dosa yang telah kita lakukan. Sebagai orang Islam, kita dituntut untuk berdoa ketika hujan turun agar kita dirahmati oleh-Nya dan dijauhi daripada segala bahaya dan bencana. 

Sumber:

Doa Ketika Kilat Atau Petir

Doa Ketika Turunnya Hujan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: