Kepentingan Luruskan Saf Dalam Solat Berjemaah

Di bulan Ramadan yang mulia ini, ramai umat Islam hadir di masjid-masjid untuk menunaikan solat fardhu dan solat Tarawih. Alhamdulillah. Namun, terdapat juga kejadian di mana ada jemaah muslimin dan muslimat yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam memenuhkan saf serta meluruskan saf. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana meluruskan saf itu adalah sunnah Rasulullah SAW dan ianya termasuk di dalam kesempurnaan solat. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑