Sambutan Malam 7 Likur di bulan Ramadan sudah menjadi tradisi di kalangan orang Melayu di seluruh negara. Di malam ini, pelita-pelita dipasang di keliling rumah dan dimeriahkan lagi dengan aktiviti seperti mengacau dodol, wajik, bermain bunga api dan sebagainya. Masalahnya apabila ada yang mengaitkan Malam 7 Likur ini dengan kembalinya roh si mati ke rumah untuk menjengah ahli keluarga. Baca penjelasan Pejabat Mufti tentang perkara ini.
Teks Khutbah Jumaat: Ramadan Dihidupkan, Rumah Allah Diimarahkan
Khutbah Jumaat kali ini menuntut kita untuk mengambil pelajaran daripada Ramadan yang mengajar kita bukan sahaja untuk menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah, malahan untuk merebut peluang mengimarahkan rumah Allah melalui solat dan pelbagai aktiviti serta memperkasakan fungsi masjid di kalangan masyarakat.