Haji Mabrur & Amalan Selepas Haji

Istimewanya amalan haji ialah menurut hadis, orang yang mendapat haji mabrur segala dosanya diampunkan oleh Allah. Justeru, jemaah diingatkan agar jangan mengotori diri dengan kembali kepada dosa-dosa selepas menunaikan haji. Sebaliknya, haruslah memelihara semangat dan roh ibadah pada prestasi yang tertinggi seperti yang pernah dilakukan semasa acara manasik haji sebagai mukhaiyyam tarbawi.

Hukum Suami Membiarkan Isteri Menanggung Nafkah Keluarga

Seorang perempuan berkahwin, dan apabila rumahtangganya menjadi kacau bilau, si isteri terpaksa menanggung nafkah keluarga. Kemudian apabila si suami mula berjaya dalam perniagaan, si isteri masih tetap menanggung nafkah keluarga tanpa suami berusaha mengubah sistem tersebut. Apakah hukumnya dalam hal sebegini?

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Perpaduan Dalam Kepelbagaian

Islam sebagai cara hidup yang syumul menyediakan pedoman lengkap berkaitan hukum-hakam, undang-undang, peradaban dan tatasusila kehidupan umat Islam bersama masyarakat bukan Islam. Prinsip utama melayani semuanya secara sama rata melainkan atas beberapa aspek sahaja. Riwayat daripada Safwan bin Sulaim RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah sesiapa yang menganiaya seseorang bukan Islam (kafir) yang membuat perjanjian, mengurangkannya atau membebaninya di luar kemampuannya atau dia mengambil sesuatu daripadanya tanpa kerelaannya maka aku akan menjadi pembelanya kelak pada hari Kiamat.” (Riwayat Abu Daud)

Zakat Wang Simpanan KWSP

KWSP telah mengaktifkan pengeluaran dari akaun 3 dan mereka yang berumur 50 atau 55 boleh membuat pengeluaran di KWSP. Untuk pencarum muslim yang membuat pengeluaran, jangan lupa mengeluarkan zakat jika jumlah pengeluaran cukup syarat-syarat zakat. Kalkulator zakat disediakan di dalam artikel.

Tipu Daya Iblis: Mendahulukan Ibadah Sunah Berbanding Fardu

Tipu daya Iblis terhadap orang awam yang seterusnya adalah membisikkan kepada orang awam supaya lebih mengutamakan ibadah-ibadah yang sunat berbanding ibadah yang fardu. Contohnya, menjaga kewajipan solat ketika menunaikan umrah sahaja sedangkan hukum umrah itu sunat bebanding solat yang hukumnya fardu yang perlu disempurnakan setiap masa.

Blog at WordPress.com.

Up ↑