Alhamdulillah, kita sudah memasuki fasa kedua daripada tiga fasa puasa iaitu 10 malam yang kedua dan dikatakan berlaku Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan mengikut sebahagian ahli sejarah. Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai dustur al-hayah atau perlembagaan kehidupan. Dalami penulisan S.S Datuk Dr Zulkifli bin Muhamad al-Bakri tentang al-Quran dan kepentingannya dalam kehidupan.
Meninggikan Suara ketika Membaca Al-Quran
Banyak hadith dalam Sahih Al-Bukhari dan selainnya yang membincangkan galakan meninggikan suara apabila membaca Al-Quran. Walau bagaimanapun, terdapat athar para sahabat yang menggalakkan diperlahankan suara semasa membaca. Jadi, mana satu yang perlu diikuti?