Was-Was: Cara Penyelesaiannya

Syaitan akan membisikkan bisikan ke dalam hati-hati anak Adam ketika anak Adam berada dalam keadaan sedih dan gembira. Jika manusia itu berjaya untuk mengingati Tuhannya, maka syaitan itu akan menjauhinya.

Sabar dan Syukur, Dua Sayap Kehidupan Mukmin

Setiap manusia pasti akan dihadapkan dengan ujian dan nikmat yang silih berganti. Dalam menyingkapi ujian, sabar dan syukur merupakan dua konsep penting dalam Islam yang boleh dijadikan amalan hidup yang efektif. Kedua-dua konsep ini ibarat dua sayap yang mengangkat kehidupan seorang mukmin dalam mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup.

7 Manfaat Membahagiakan Orang Lain dalam Islam

Membahagiakan orang lain adalah perbuatan baik yang sangat digalakkan dalam Islam. Selain daripada memenuhi tanggungjawab dan keperluan untuk diri sendiri dan keluarga, muslim juga perlu menjalankan tanggungjawab untuk membahagiakan orang-orang lain di sekeliling kehidupan kita.

8 Kesan Buruk Hasad Dengki

Hasad dengki ini ialah perasaan buruk yang wujud di dalam hati manusia kerana rasa permusuhan dan kebencian. Dia tidak merasa bahawa berbaik-baik sesama manusia dan sayang-menyayang dengan saudara seislam adalah keperluan bagi kekuatan ummah. Orang-orang ini tidak gemar untuk menyumbang kebajikan kepada orang lain ataupun mendengar kebahagiaan yang dimiliki oleh saudaranya (seislam).

7 Kehebatan Berlapar!

Tempat terbitnya kesemua penyakit ialah perut. Oleh itu, baginda Rasulullah SAW mengutamakan untuk berlapar. Berlapar mempunyai faedah yang banyak dan kesemua faedah tersebut dapat disimpulkan kepada 7 perkara. 

Kerohanian Adalah Jati Diri Makhluk Manusia

Di zaman pascamoden ini kelihatannya cukup ramai manusia yang tidak kenal siapa sebenarnya diri mereka. Justeru, mereka berlagak dan bertingkah laku dengan cara yang menggambarkan bahawa mereka sebenarnya menentang dan bertarung dengan tabii diri mereka sendiri. Persoalan utama ini perlu diselesaikan dengan berpandukan kepada pernyataan Allah SWT sebagai Pencipta yang Maha Mengetahui segala sesuatu berkait dengan tabii ciptaan-Nya yang paling sempurna ini. 

How Did The Prophet s.a.w. Deal With Grief?

Prophet Muhammad s.a.w. experienced deep grief at many points of his life, particularly during the Year of Sorrow (‘am al-huzn) when he lost his wife, Khadijah r.a, and his uncle, Abu Talib. This article explores how the Prophet s.a.w. navigated these moments of sorrow with faith, patience and reliance on Allah s.w.t, offering timeless lessons on coping with loss and maintaining hope in the face of adversity.

Mengapa Kita Belajar Sifat 20

Ada sebahagian orang yang menentang pengajian sifat 20 sedangkan ianya telah dipelajari sejak berpuluh tahun bahkan beratus tahun oleh umat Islam. Mereka yang menentang pengajian tersebut dengan pelbagai alasan yang sangat lemah sekali. Oleh itu begitu penting sekali kita mengetahui mengapa kita belajar sifat 20.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor) – Hijrah Suatu Kemerdekaan 

Pengertian hijrah bermaksud melakukan perubahan dari sudut tekad, sikap, budaya, cita rasa atau gaya hidup ke arah yang lebih baik. Hijrah maknawiyah meliputi persoalan iktikad (kepercayaan dan keyakinan), fikriyah (pemikiran), syu'uriyah (cita rasa) dan sulukiyah (perjalanan keseluruhan akhlak). Ayuhlah kita berhijrah melaksanakan perubahan ke arah yang lebih baik. 

Teks Khutbah Jumaat (WP): Menjejak Tarbiah Maal Hijrah

Di ambang tahun baru Hijrah 1446 ini, marilah kita melihat kembali sejauh mana kemajuan diri, keluarga mahupun umat Islam pada hari ini. Terapkan nilai-nilai dari peristiwa Hijrah seperti ketabahan, persaudaran dan keikhlasan, untuk meningkatkan kualiti hidup sebagai hamba Allah SWT yang lebih bertakwa. 

Malu Akhlak Teras Agama Islam

Slogan “lantaklah orang nak kata apa” atau “malu apa…” sebagai contoh semakin kuat mendominasi masyarakat kita yang jelas berlawanan dengan fitrah malu masyarakat Melayu Islam silam. Suburkan kembali perasaan malu dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar mereka menjaga maruah diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Blog at WordPress.com.

Up ↑