Terlalu banyak pahala dan manfaat yang dijanjikan kepada mereka yang dengan ikhlas mengimarahkan masjid dengan bersolat, berzikir dan sebagainya. Jadikan masjid dekat di hati kita kerana inilah tempat yang paling disukai oleh Allah SWT.
Hukum Beramal Untuk Mendapatkan Khadam Ayat
Khadam dari sudut istilahnya dalam konteks ini adalah pembantu manusia dalam kalangan jin.Khadam ayat ini terkenal dalam kalangan mereka yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional atau amalan kebatinan Melayu. Jadi, sebagai muslim bolehkah kita mengamalkannya?
Tipu Daya Iblis: Sertai Pertubuhan Yang Baik Untuk Menunjukkan Dia Baik
Ada daripada kalangan orang awam yang menyertai sesebuah pertubuhan atau persatuan yang baik, tetapi tetap tidak melakukan kebaikan, terus berkata buruk dengan mengeluarkan kata-kata kesat, mencaci, dan menghina kumpulan yang lain dan menganggap bahawa kumpulannya sahajalah yang benar.
Adakah Mukjizat Dikhususkan Kepada Nabi Sahaja?
Saya mendengar di dalam ceramah yang mengatakan mukjizat tidak dikhususkan kepada para Nabi sahaja, tetapi juga turun kepada manusia selain nabi. Adakah maksudnya mukjizat boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada para sahabat, alim ulama dan orang awam?
8 Nama Syurga Yang Disebut Dalam Al-Quran
Syurga mempunyai tingkat dan penghuninya yang berbeza mengikut amalan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia. Terdapat 8 nama-nama syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SWT akan ganjaran oleh-Nya yang mentaati dan bertaqwa kepada-Nya yang disebut di dalam Al-Quran.
Tipu Daya Iblis: Percaya Dengan Petua dan Larangan Orang-Orang Dahulu
Ramai dari kita yang terpedaya dengan tipu daya Iblis yang inginkan kita mengikuti sahaja apa yang dilakukan oleh orang terdahulu tanpa kita kembali merujuk kepada ilmu yang sahih. Seperti pegangan Yahudi, Nasrani, dan orang jahiliah yang selalu mengikuti amalan nenek moyang mereka, Muslim juga tidak jauh beza. Laksana solat dan ibadah hanya berdasarkan tradisi, solat bertahun-tahun dengan hanya melihat cara orang ramai melakukan solat sedangkan bacaan Fatihahmya tidak betul dan kewajipan-kewajipan berkait dengannya tidak dikenal pasti.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Nabi Isa Al-Masih As Dalam Al-Quran?
Agama Islam, Kristian dan Yahudi memiliki pemahaman yang berbeza tentang Nabi Isa al-Masih AS. Perbezaan yang demikian memberi implikasi yang besar dari aspek akidah terhadap Nabi Isa al-Masih AS. Ikuti perbahasan Nabi Isa al-Masih AS dalam al-Quran.
Beza Bisikan Nafsu & Bisikan Syaitan
Terdapat perbezaan antara bisikan nafsu dan bisikan syaitan. Ketahui perbezaannya dan lindungilah diri daripadanya.
Tipu Daya Iblis: Mendahulukan Ibadah Sunah Berbanding Fardu
Tipu daya Iblis terhadap orang awam yang seterusnya adalah membisikkan kepada orang awam supaya lebih mengutamakan ibadah-ibadah yang sunat berbanding ibadah yang fardu. Contohnya, menjaga kewajipan solat ketika menunaikan umrah sahaja sedangkan hukum umrah itu sunat bebanding solat yang hukumnya fardu yang perlu disempurnakan setiap masa.
Tipu Daya Iblis: Berbangga Dengan Keturunan
Tipu daya Iblis terhadap orang awam yang seterusnya adalah berasa bangga terhadap keturunannya. Sedangkan keimanan seseorang tidak dapat diwarisi melalui keturunan.
Syahadah Ulangan?
Apabila ada pemimpin dari sesuatu jemaah atau kumpulan mensyaratkan bahawa orang yang telah Islam perlu bersyahadah di hadapan ulama, ini bukanlah dari ajaran Islam yang sebenar, tetapi hanyalah hasil rekaan palsu kelompok tertentu. Mereka menyamakan antara syahadah dengan bai'ah, seolah-olah orang yang tidak berbai'ah dengan kelompok mereka, masih belum muslim. Syahadah ulangan hanya perlu dilakukan oleh mereka yang murtad, itu pun dengan adanya perintah rasmi dari pihak berkuasa agama.
Cerai Mubarat Bercanggah dan Menyeleweng Daripada Ahli Sunah Wal Jama’ah
Cerai Mubarat ialah proses amalan perceraian yang diamalkan oleh pengikut Mazhab Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jama'ah. Oleh itu dinasihatkan supaya menjauhinya dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu dan kumpulan yang mengamalkannya.
Refleksi Konsep Qawwam 2: Kunci Kepimpinan Lelaki Qawwam
Lelaki sejati tidak gentar dan lari dari tanggungjawab kelakian. Lelaki sejati menerima peranan dan segala tugas serta tanggungjawabnya. Mereka membawa diri dengan bermaruah dan memimpin dengan penuh tanggungjawab. Apabila seorang lelaki mempunyai sifat-sifat ini, dia tidak perlu menyuruh sesiapa pun untuk mengikut telunjuknya.
Adakah Saya Jatuh Murtad?
Baru-baru ini saya bergaduh dengan pasangan dan ini memberi tekanan pada saya sehingga terkeluar ayat "ya memang pun saya tak ada agama". Saya tidak bermaksud untuk keluar dari agama tetapi perasaan marah saya membuatkan saya meluahkan ayat tersebut. Adakah saya telah jatuh murtad?
Renungi Berkat Allah SWT Dalam Cara Bagaimana Makanan Sampai Kepada Kita
Ada beberapa cara untuk manusia memperoleh makanan. Di antara berkat yang Allah SWT kurniakan kepada kita ialah penciptaan pancaindera dan pergerakan yang membantu manusia dalam mencari makanan. Marilah kita renungi hikmah Allah SWT dalam penciptaan lima deria yang serba berguna kepada manusia.
Tazkiyat Al-Nafs: Jalan Taqarrub Kepada Allah S.W.T – Bahagian II
Tazkiyat al-nafs merupakan satu proses pembersihan rohani manusia daripada perkara-perkara yang menghalang seseorang itu mencapai kesempurnaan `ubudiyyah yang merupakan tujuan asal kejadian manusia. Bahagian II ini menerangkan proses tazkiyah al-nafs, wasilah dan tujuan melakukannya, kerana akhirnya, kehambaan yang berpaksikan ketaqwaan merupakan nilaian harga diri dan kemuliaan manusia di sisi Tuhannya.
Tazkiyat Al-Nafs: Jalan Taqarrub Kepada Allah S.W.T – Bahagian I
Tazkiyat al-nafs merupakan proses penyucian jiwa manusia yang perlu ditempuh untuk mengembalikannya kepada asal kejadiannya yang suci bersih daripada kekotoran dan pencemaran rohani. Fahami tujuan kehidupan manusia dan hijab yang menghalang manusia daripada mencapai tujuan penciptaannya.
Cara Mewujudkan Mental Yang Sihat
Mental yang sihat sangat dititikberatkan di dalam Islam. Mental yang sihat menurut Islam melibatkan pendekatan holistik yang mencakupi aspek spiritual, mental, emosional dan sosial. Islam memberikan panduan jelas untuk mencapai keseimbangan dan keharmonian dalam kehidupan.
Rancak Berdosa Di Media Sosial – Elak Lakukan 6 Perkara Ini!
Di zaman ini, jangan kata anak-anak remaja, nenek dan datuk pun ada akaun Facebook dan Instagram, malahan juga segelintir TikTok! WhatsApp pula dijadikan pusat bersosial, berkongsi rasa, berita, maklumat, fitnah dan sebagainya. Perlu diingat bahawa media sosial ini membuka terlalu banyak ruang untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Islam, dan menyebabkan ramai yang terjebak dan rancak berdosa tanpa memikirkan akibatnya.