Di tengah-tengah pekan kecil Batu Arang, Selangor – sebuah tempat yang suatu ketika dahulu menjadi pusat perlombongan arang batu terbesar di Tanah Melayu – berdirilah Masjid Jamek Batu Arang. Dibina pada tahun 1970-an dengan konsep seni bina Melayu tradisional, masjid ini bukan sahaja menjadi pusat ibadah, tetapi juga penanda sejarah bagi komuniti Muslim setempat.
Kenali Masjid: Masjid Al-Muhtadin, Bidor, Perak
Di tengah pekan Bidor, Perak, berdiri teguh sebuah rumah ibadat yang bukan sekadar tempat solat – tetapi juga saksi bisu kepada sejarah dan perpaduan masyarakat setempat. Masjid Al‑Muhtadin, yang asalnya dikenali sebagai Masjid Bidor, dibina sekitar tahun 1930 hasil gotong‑royong penduduk kampung di tebing Sungai Bidor.
Kenali Masjid: Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, KL
Masjid At-Taqwa TTDI adalah lebih daripada sekadar rumah ibadah – ia adalah pusat rohani, komuniti, dan keusahawanan Muslim.
Kenali Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Masjid Jamek Cina Muslim Klang yang terletak di Bandar Botanik merupakan hasil inisiatif bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan agensi-agensi kerajaan lain. Masjid mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah dengan kos pembinaan sekitar RM30 juta.
Kenali Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah siap dibina pada tahun 2004. Pada asalnya ia dinamakan Masjid Jamek Bandar Bentong, dan dinaik taraf kepada Masjid Daerah Bentong pada tahun 2012.
Kenali Brick Lane Jamme Masjid, London
Pernah menjadi gereja dan kemudian sinagog, Brick Lane Jamme Masjid di London mencerminkan sejarah migrasi dan kepelbagaian agama selama berabad-abad. Kini sebagai masjid yang aktif di Tower Hamlets, ia menjadi pusat rohani komuniti Muslim serta simbol perpaduan antara budaya dan kepercayaan.
Kenali Masjid Bandar Kuching, Sarawak
Masjid India, juga dikenali sebagai Masjid Bandar Kuching merupakan masjid kedua tertua di Sarawak yang dibina pada 1834 oleh pedagang India Muslim.
Kenali Masjid: Masjid Sultan Ibrahim, Ayer Hitam, Johor
Terletak di atas bukit dan di tengah-tengah bandar Ayer Hitam adalah mercu kebanggaan penduduk tempatan, Masjid Sultan Ibrahim.
10 Masjid Terbesar Di Dunia
Disenaraikan 10 masjid terbesar sunni di dunia. Betapa di mana-mana jua di seluruh dunia, rumah-rumah Allah SWT berdiri megah untuk kegunaan umat Islam seluruhnya.
Kenali Masjid Raja Alang, Beranang, Selangor
Masjid Raja Alang di Beranang, Selangor ini dibina sekitar tahun 1926 dan siap pada tahun 1928. Pembinaan masjid ini menggantikan masjid lama yang terbakar. Masjid ini telah dinamakan sempena nama pewakafnya iaitu Raja Alang Bin Raja Berayun. Beliau merupakan hartawan Selangor semasa hayatnya.
Kenali Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak
Masjid At-Taqwa yang terletak di Jalan Merpati, Miri ini telah mula dibina pada 10 Oktober 1983 dan siap sepenuhnya pada 1 Ogos 1985.
Kenali Surau Persatuan India Muslim Seremban
Sebaris dengan restoran popular di Seremban iaitu Nelayan Seafood & Catering, adalah Surau Persatuan India Muslim Seremban.
Kenali Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor
Masjid Raja Lumu di Bukit Melawati dahulunya dikenali Masjid Pekan Lama Kuala Selangor adalah Masjid Diraja yang ke sembilan di negeri ini, yang dinaik taraf pada 2019 dengan kos RM10.4 juta, sebelum dirasmikan pada 6 Oktober 2022 oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Kenali Masjid Sultan Idris Shah II, Lumut, Perak
Masjid ini telah didirikan pada tahun 1963 di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah dan telah diberi nama Masjid Sultan Idris Shah II, Teluk Muroh Lumut, Perak.
Kenali Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya
Masjid futuristik moden ini boleh memuatkan 8500 orang jemaah pada satu-satu masa. Terdapat kemudahan lain yang tersedia termasuk sebuah perpustakaan, dewan serbaguna, bilik kuliah, ruang nikah, dan juga dewan badminton.
Kenali Masjid Kariah Pekan Mantin
Masjid Kariah Pekan Mantin, Negeri Sembilan ini telah dibina pada tahun 1957. Perbelanjaan membina masjid adalah hasil derma orang ramai serta bantuan Kerajaan Negeri.
Kenali Masjid Lama Nilai
Kenali masjid paling tua di Nilai Negeri Sembilan.
Jadikan Masjid Dekat Di Hati
Terlalu banyak pahala dan manfaat yang dijanjikan kepada mereka yang dengan ikhlas mengimarahkan masjid dengan bersolat, berzikir dan sebagainya. Jadikan masjid dekat di hati kita kerana inilah tempat yang paling disukai oleh Allah SWT.
Cara Mengimarahkan Masjid
Sabda Nabi s.a.w: “Siapa sahaja yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid dan mendahulukan amalan itu daripada perkara lain, maka Allah s.a.w akan menyediakan untuknya jamuan daripada dalam syurga setiap kali dia pergi dan pulang itu.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Kenali London Central Mosque
Pada tahun 1940, Kerajaan British telah dipujuk untuk mempersembahkan tapak di London kepada komuniti Islam Great Britain. Kabinet perdana menteri Winston Churchill kemudian membenarkan pengambilalihan tapak untuk membina sebuah masjid di London pada 24 Oktober 1940. Walau bagaimanapun, pembinaan masjid ini hanya bermula pada tahun 1974.