Kenali Surau Persatuan India Muslim Seremban

Sebaris dengan restoran popular di Seremban iaitu Nelayan Seafood & Catering, adalah Surau Persatuan India Muslim Seremban. Bangunan di Rahang Square ini juga merangkumi sebuah dewan serbaguna dan pejabat persatuan. 

Persatuan India Muslim Seremban ini pula telah ditubuhkan lebih 50 tahun yang lampau. Sebelum pertukaran nama pada 2010, ia dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Orang-orang India Islam Seremban.

Bangunan ini telah dibina di atas sebidang tanah di Jalan Medan Rahang, Seremban yang telah disumbangkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada 1995, dengan luas kawasan 4,620 kaki persegi.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑