Di bulan Syawal ini banyak budaya baik yang telah menjadi kelaziman oleh masyarakat. Alangkah baiknya jika budaya ini didasari dengan niat yang betul kerana perkara ini boleh menjadi satu bentuk ibadah yang besar nilainya di sisi Allah SWT. Dengan kefahaman yang benar sudah pasti kita akan memastikan budaya-budaya ini mengikut syariat sebaik mungkin.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Ramadan Dirindui Pengampunan Diraih
Hakikatnya, Ramadan adalah bulan latihan manakala Syawal pula adalah bulan ujian. Jika Ramadan melatih kita untuk bangun malam, Syawal pula akan menguji kita sama ada kita masih lagi menjaga solat malam tersebut. Jika Ramadan membiasakan lidah kita dengan zikir dan tilawah, Syawal pula menguji kita sama ada al-Quran itu masih menjadi teman setia atau sebaliknya.
Teks Khutbah Jumaat (Wilayah Persekutuan): Lailatul Qadar: Malam Seribu Bulan
Lailatul Qadar dirahsiakan oleh Allah SWT agar kita tidak memilih malam tertentu sahaja, tetapi bersungguh-sungguh menghidupkan seluruh sepuluh malam terakhir Ramadan. Inilah ujian keikhlasan. Hamba yang benar-benar mengidamkan Lailatul Qadar ialah mereka yang berusaha memperbaiki solatnya, mendekatkan diri dengan al-Quran, memperbanyakkan istighfar, serta membersihkan hati daripada dosa sesama manusia.
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Nuzul Al-Quran: Dari Langit ke Hati
Islam meletakkan al-Quran sebagai mukjizat agung yang wajib dipandu oleh setiap Muslim dalam setiap gerak geri kehidupan. Kandungan al-Quran bebas daripada keraguan, tidak mengandungi kesesatan serta menjadi pembeza antara hak dan batil, tidak melibatkan hawa nafsu dan tidak berkaitan dengan perkara yang menjauhkan hamba daripada Penciptanya.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Infak Disemai, Rahmat Dituai
Istimewanya pada bulan Ramadan ini, Allah SWT mewajibkan dua rukun Islam sekali gus, iaitu puasa dan zakat yang tidak diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Kedua-dua rukun serta ibadah ini bukan hanya menjadi madrasah rohani, bahkan ia juga merupakan ujian sebenar akan tingkat kecaknaan dan keprihatinan kita terhadap nasib serta kebajikan sesama insan.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Ramadan Membina Peribadi Mukmin Sejati
Tujuan utama puasa ialah untuk melahirkan insan yang bertakwa, bukan sekadar berlapar di siang hari. Ini menunjukkan perkaitan rapat yang saling mempengaruhi antara amalan zahir dan rohani manusia. Tentunya ukuran puasa itu bukan kelaparan, tapi jiwa yang penuh keikhlasan.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Menyambut Tetamu Agung Dengan Ketakwaan
Kini kita berada di ambang kedatangan bulan Ramadan, tetamu agung yang Allah hadirkan sebagai medan rahmat dan keampunan. Maka usah sesekali kita berasa lemah dalam mentaati perintah Allah. Sabar dan tahanlah diri agar tidak melakukan apa yang ditegah. Mudah-mudahan Ramadan yang bakal menjelang, membentuk takwa yang menjadi sumber kekuatan dalam usaha menambah amal soleh.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Muamalat Dijaga, Hidup Sejahtera
Islam bukan sekadar agama ibadah ritual, bahkan satu sistem kehidupan yang menyeluruh, termasuk dalam aspek muamalat iaitu ekonomi dan kewangan. Islam meletakkan beberapa prinsip penting yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim termasuk dalam hal urusan pelaburan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Takwa Memakmur Wilayah
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Janganlah kamu saling berdengki. Janganlah kamu saling menipu dan memperdaya. Janganlah kamu saling membenci. Janganlah kamu saling memulaukan antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu mensabotaj urusan perniagaan saudara yang lain. Jadilah kamu para hamba Allah yang bersaudara. Setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak boleh menzalimi, mengabaikan, membohongi atau menghinanya. Takwa itu di sini. Baginda SAW mengisyaratkan ke dadanya sebanyak tiga kali.”
Teks Khutbah Jumaat (WP): Menghayati Wasatiyyah, Menjauhi Ekstremisme
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah bin Abbas radiallahu ‘anhuma telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Jauhilah kamu daripada sikap melampau dalam urusan agama, kerana sesungguhnya umat terdahulu sebelum kamu binasa adalah disebabkan sikap melampau dalam urusan agama."
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Saat Bumi Menghimpit, Rahmat Terhampar Di Langit
Peristiwa Isra’ dan Mikraj mengajar kita bahawa ketika bumi menghimpit, rahmat Allah tetap terhampar di langit. Apabila manusia menolak, Allah memanggil. Bila dunia menutup pintu, Allah membuka ruang melalui ibadah sujud. Maka jangan berputus asa, kerana setiap ujian adalah undangan untuk kembali kepada-Nya.
Tajuk: Bapa Qawwam, Wira Tidak Didendang
Bapa ialah tiang dalam bangunan keluarga. Jika tiang itu condong, maka seluruh rumah akan retak. Tetapi jika tiang itu tegak dengan iman, sabar dan tanggungjawab, maka seisi rumah akan berdiri kukuh dengan kasih dan keberkatan. Menjadi qawwam bukan sekadar memberi arahan, tetapi memberi teladan. Bukan hanya mencari rezeki, tetapi mencari reda. Bapa bukan hanya penjaga di dunia, tetapi pembimbing menuju syurga.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Azam Dilaung, Amal Dijunjung
Kita kini berada di permulaan tahun yang baharu, satu perjalanan yang mengingatkan kita bahawa masa terus berlalu, umur terus berkurang, dan peluang untuk beramal semakin singkat. Perginya tahun lalu bukan sekadar pergantian angka, tetapi tanda bahawa sebahagian dari umur kita telah pun berlalu dan tidak akan kembali lagi. Soalnya hari ini adakah kita benar-benar bertambah baik, atau sekadar bertambah usia?
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Tingkatkan Ilmu, Manfaatkan Waktu
Ilmu adalah cahaya yang menerangi kehidupan. Hari ini kita melihat pelbagai fahaman dan ideologi cuba menyesatkan umat. Ada yang menolak fitrah, menormalisasi maksiat atas nama hak dan kebebasan, bahkan mempersenda hukum Allah yang suci. Semua ini berpunca daripada ilmu yang tidak berpaksikan iman dan akal yang tidak tunduk kepada wahyu.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Halal Benteng Keutuhan Akidah
Halal adalah benteng akidah dan penjaga hati. Setiap suapan makanan halal membawa ketenangan jiwa, sedang setiap rezeki haram menggelapkan hati. Oleh itu, halal bukan hanya apa yang masuk ke perut, tetapi apa yang kita hasilkan, jual, dan cari. Makanan halal menyuburkan iman, sementara rezeki haram memadamkan cahaya takwa.
Teks Khutbah Jumaat (Wilayah Persekutuan): Dosa Songsang, Bayangan Murka Ilahi
Kelemahan iman dan akhlak merupakan punca mudahnya seseorang individu terpengaruh dengan budaya songsang. Apabila seseorang itu gagal memahami hukum-hakam agama terutama berkaitan hubungan seksual, batas pergaulan dan fitrah manusia maka mereka akan lebih mudah terdedah dengan pengaruh negatif yang mempromosikan perilaku songsang tanpa kawalan.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Ihsan Tanpa Batasan
Ihsan adalah sifat tertinggi dalam Islam, mengangkat manusia menjadi hamba yang sedar akan pandangan Allah dalam setiap amalnya. Ihsan menjadikan seorang mukmin bukan sahaja berbuat baik kepada Allah melalui ibadah, tetapi juga kepada manusia melalui kasih, tolong-menolong dan belas kasihan. Ihsan tidak terhad kepada ibadah, bahkan ia meliputi tutur kata, pekerjaan, perkhidmatan awam dan hubungan sosial.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Menghidupkan Sunnah, Menyuburkan Ummah
Menghidupkan sunnah bermaksud menegakkan adab di tengah budaya kasar, menegakkan jujur di tengah penipuan, menegakkan kasih di tengah kebencian, dan menegakkan iman di tengah kekeliruan. Sunnah bukan hanya pakaian luaran, tetapi pakaian hati yang membentuk akhlak dan keperibadian.
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Tandus Iman, Kemarau Jiwa
Kita hidup di zaman yang serba maju, namun ramai yang berasa kosong. Teknologi berkembang, tetapi jiwa manusia semakin rapuh. Bangunan semakin tinggi, tetapi nilai semakin runtuh. Kita berhubung setiap detik melalui gajet, tetapi semakin jauh antara hati. Inilah yang dinamakan tandus iman dan kemarau jiwa iaitu apabila manusia kehilangan makna hidup walau dikelilingi nikmat yang melimpah.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Wabak Jiwa, Racun Ummah
Umat Islam hari ini berdepan wabak yang lebih dahsyat daripada virus yang menyerang tubuh. Ia bukan menular melalui udara, tetapi melalui hati yang tamak, lidah yang menipu dan tangan yang khianat. Inilah wabak jiwa, penyakit rohani dan moral yang menghakis nilai, mencemar maruah, dan meruntuhkan keimanan bangsa.