Usia remaja adalah fasa yang menentukan arah hidup seseorang. Jika remaja kuat akhlaknya, mereka akan menjadi pemimpin yang membawa kebaikan. Tetapi jika mereka hilang nilai, mereka akan menjadi generasi yang mudah dipengaruhi hawa nafsu. Kerana itu, Rasulullah SAW memberi perhatian besar kepada generasi muda.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Membezakan Nilai, Memilih Kebenaran
Dunia moden telah mengubah wajah fitnah. Jika dahulu fitnah datang melalui pedang dan kuasa, hari ini ia datang melalui skrin dan suara. Sekali petik jari, berita palsu boleh menjelma sebagai kebenaran. Sekali perkongsian, dosa boleh berantai tanpa kita sedar. Krisis yang paling besar hari ini bukanlah semata krisis ekonomi atau dunia, tetapi krisis akidah dan kehilangan kompas kebenaran.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Menabur Bakti, Menuai Syurga
Memuliakan orang tua khususnya ibu bapa bukan sekadar adat, tetapi perintah Allah yang wajib ditunaikan dan adalah haram segala bentuk kata-kata kasar, apatah lagi menengking atau menyakiti hati mereka.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Rezeki Halal, Hidup Berkat
Islam menuntut setiap umatnya bekerja bersungguh-sungguh dan memastikan rezeki yang diperoleh datang daripada sumber yang halal. Rezeki yang halal merupakan punca ketenangan hati dan keberkatan hidup, manakala pendapatan yang diperoleh dengan cara menipu, cuai atau menyalahgunakan kuasa akan menghapuskan keberkatan dan mengundang kemurkaan Allah SWT.
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Lelaki Qawwam, Bukan Sekadar Nama
Lelaki yang sejati bukan sekadar dinilai pada kekuatan tubuh, tetapi pada kewibawaan dan keteguhan jiwanya. Allah SWT telah menetapkan lelaki sebagai pemimpin dalam keluarga, suami kepada isterinya, bapa kepada anak-anaknya, dan anak yang tetap berbakti kepada ibu bapanya hingga ke akhir hayat.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Kalam Langit, Amanah Bumi
Kehinaan umat hari ini berpunca daripada hati yang lalai. Hati kita yang sepatutnya disuluh dengan cahaya al-Quran, disibukkan dengan perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada cahaya tersebut. Nikmat penglihatan disibukkan dengan melihat video-video lagha dan maksiat. Alunan-alunan lagu yang tiada manfaatnya dijadikan halwa telinga. Media sosial dan hiburan dieksploitasi untuk merosakkan budaya ketimuran dan akhlak Islam yang diterapkan oleh al-Quran.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Doa dan Solidariti
Marilah kita satukan hati dan doa, memohon kepada Allah SWT agar melindungi para sukarelawan flotilla, mengurniakan kemenangan kepada rakyat Gaza, dan menghancurkan kezaliman Zionis yang meratah jiwa manusia tanpa belas kasihan. Jangan sekali-kali kita lalai dan leka, kerana apa yang berlaku di Gaza adalah ujian besar yang menyingkap nilai iman seluruh umat Islam.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Antara Dua Jari Baginda
Kiamat itu hakikat besar yang pastinya berlaku. Kita semua sedang melangkah ke arahnya sedikit demi sedikit setiap hari. Hanya dengan menyedari bahawa hidup ini akan berakhir, barulah kita tahu apa yang patut kita kejar dan apa yang patut kita tinggalkan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Menyulam Kemuliaan Dalam Kesederhanaan
Hari ini kita melihat terlalu banyak pertelagahan berlaku dalam kalangan umat Islam. Bercakap dengan kasar, menuduh tanpa ilmu, menyalahkan sesama sendiri bahkan memperlekehkan orang yang tidak sependapat. Sebahagiannya datang daripada golongan terpelajar, agamawan, juga pengguna media sosial yang ghairah menghukum. Adakah ini cerminan sebenar umat yang dijanjikan sebagai umat pertengahan?
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Hidup Bermanfaat, Selamat Dunia Akhirat
Sebagai anggota masyarakat dalam sebuah negara seperti Malaysia, kita mestilah berusaha menjadi orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Orang yang paling dicintai oleh Allah ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia. Dalam konteks negara kita Malaysia, manfaat ini boleh diluaskan kepada usaha membina kesatuan nasional, iaitu dengan kita menghargai kepelbagaian dan bekerjasama untuk kemajuan bersama.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Bukan Cinta Biasa
Kelahiran Rasulullah SAW ialah nikmat yang wajib disyukuri kerana dengan kedatangan Baginda, kita dapat mengenal jalan kebenaran, membezakan antara halal dan haram, serta dipimpin menuju keredhaan Allah SWT.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Rasulullah Suri Tauladan, Kunci Kebangkitan Insan
Perayaan Maulidur Rasul adalah saat terbaik untuk merenung dan mencontohi peribadi Baginda SAW. Jika benar kita mencintai Rasulullah, buktinya ada pada sejauh mana kita mengamalkan sunnah. Jangan bicara soal membina peradaban hebat andai saf solat berjemaah di masjid masih kosong. Baginda SAW sentiasa syukur atas rezeki dan tabah menghadapi ujian. Umat hari ini lemah kerana menjauh daripada sirah dan teladan Baginda.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Jiwa Merdeka, Ummah Perkasa
Erti sebenar kemerdekaan dalam Islam ialah kebebasan hakiki untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT dan mengatur kehidupan mengikut panduan wahyu. Ia merupakan pembebasan jiwa daripada belenggu kehinaan bergantung kepada manusia, dan sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Esa. Kemerdekaan yang paling agung ialah kemerdekaan akidah, yang membolehkan kita berpegang teguh kepada kebenaran tanpa rasa takut atau terpengaruh.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Bangkit Membela, Teguh Bersaudara
Membantu Palestin merupakan tuntutan iman. Pertolongan itu pula luas bentuknya, sama ada bantuan harta, makanan, ubat, pakaian, dukungan diplomasi, bahkan doa yang ikhlas pada setiap masa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa.
Teks Khutbah Jumaat: Gerakan Era Baharu: Ancaman Halus Keimanan
Mutakhir, Gerakan Era Baharu atau New Age Movement yang kini mula dikesan dan semakin kelihatan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Era Baharu atau New Age dengan maksud ‘zaman baharu kerohanian’ bagi menggantikan agama yang kononnya lebih terbuka, bebas serta inklusif berbanding agama-agama yang dianggap lapuk, kaku dan bersifat menghukum.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Ukhuwah Dihayati, Perpaduan Diberkati
Perpaduan juga merupakan fitrah manusia kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Firman Allah di dalam surah al-Hujurat ayat 10 bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Pahlawan Negara – Syuhada Yang Tidak Dilupakan
Islam tidak memandang ringan peranan seorang pahlawan. Seorang pahlawan dalam Islam bukan hanya mereka yang mengangkat senjata di medan perang, tetapi sesiapa sahaja yang berjuang mempertahankan agama, tanah air, maruah dan kebenaran, maka dia adalah pejuang yang mulia di sisi Allah SWT.
Teks Khutbah Jumaat (Negeri Sembilan): Media Sosial, Amanah Atau Fitnah
Penggunaan media sosial menurut pandangan syarak tergolong dalam hukum harus tetapi keharusan ini bukanlah bersifat mutlak. Ianya berubah mengikut niat, tujuan dan cara penggunaannya. Jika media sosial diguna untuk sebarkan ilmu dan galakkan amar makruf, maka pengguna akan beroleh ganjaran pahala. Sebaliknya, jika dijadikan medan fitnah maka perbuatan tersebut tergolong dalam larangan syarak serta mendatangkan dosa.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Syukur Dan Sabar, Ujian Hamba Yang Beriman
Sesungguhnya kekayaan dan kemiskinan bukanlah ukuran darjat atau kehinaan seseorang di sisi Allah. Kaya bukan bererti dimuliakan, miskin bukan bererti dihina. Tetapi kedua-duanya merupakan ujian daripada Allah SWT, untuk menilai siapakah antara hamba-Nya yang benar-benar beriman.
Teks Khutbah Tajuk: Sementara Namun Bermakna
Allah SWT memberi gambaran yang jelas melalui ayat ini tentang dunia sebagai permainan dan perhiasan yang sementara. Ia umpama tanaman yang tumbuh menghijau, akhirnya layu dan hancur. Dunia hanyalah sebuah persinggahan yang padanya terdapat banyak fatamorgana yang memukau dan sekadar bayang yang menipu. Ada yang berjaya menepis tipu dayanya, namun sangat ramai pula manusia yang tertipu dan hanyut tenggelam dalam kebinasaannya.